AKU didandan cantik oleh mak andam yang diupah oleh pihak lelaki. Majlis pernikahan aku hanya dibuat di masjid yang berdekatan dengan rumahku.
Jantung rasa nak pecah bila tunggu pengantin lelaki. Lagi lama bersiap daripada aku ke macam mana. Tiba-tiba aku nampak rombongan pengantin lelaki masuk ke dalam masjid. Mahu terbeliak mata aku dibuatnya. Raja Uwais bin Raja Najmi? Buat apa dia dekat sini? Takkanlah suami aku kot.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Hani Syamila bt Yafrizal dengan mas kahwin sebanyak RM 2000 tunai."
"Aku terima nikahnya, Hani Syamila bt Yafrizal dengan mas kahwin sebanyak RM 2000 tunai." Dengan selafaz akad aku sah menjadi isteri kepada Raja Uwais bin Raja Najmi.
Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Orang lain kahwin gembira. Aku kahwin? Tak tahulah nak cakap menyesal ke apa.
"Awat hang keras kejung ja. Pi lah salam laki hang tu."
Mana tak kejungnya aih. Pelajar aku ni jadi suami. Lagu mana nak hadap kat uni nanti. Aku mencium tangan Uwais sambil menahan nafas. Lagi aku jadi kejung bila dia cium dahi aku. Aku tak tahu weh nak rasa apa sekarang ni! Tak tahu nak gembira ka nak nangis ka nak terharu. Betul-betul surprise ni. Nak patah balik masa dah tak boleh dah. Hadap sajalah. Hang yang cari pasai kan Hani. Padan dengan muka hang.
Malam tu habis makan semua aku terus masuk bilik baring bungkus segala badan aku dengan selimut. Aku rasa macam nightmare pula. Macam manalah aku nak lari.
"Awalnya sayang tidur." Sayang? Siapa sayang? Dia panggil aku sayang ka? Meremang weh.
Tiba-tiba aku dapat rasa selimut aku ditarik perlahan-lahan. Weh, takut weh. Aku tahan je daripada jerit tapi..
"Aaahhh lipas lipas!" Lepas juga.
"Hat mana? Biar saya tangkap."
Aku cepat-cepat lari keluar duduk dekat pangkin depan rumah. Uwais dah tergelak tengok aku lari lintang pukang. Tak boleh bernafas duduk dekat dalam bilik tu. Biarlah aku hirup udara malam ni banyak-banyak.
"Hahaha ada sayang kita tu mengelatlah." Dia duduk di sebelahku. Okey, dekat sini takdaklah aku nervous sangat sebab dekat luar kan.
"Hani boleh tak pandang saya sekejap." Dia duduk bersila di atas pangkin menghadap aku. Lambat-lambat aku pandang dia. Handsome juga laki aku ni, macam pelakon korea hahaha. Bertuahlah aku. Kenapa aku baru perasan ya. Hahaha.
"Saya tahu awak terkejut tapi saya nak cakap saya ikhlas kahwin dengan awak. Tak ada niat pun nak kenakan awak ke apa." Dia menundukkan mukanya.
"Kalau tak ada niat nak kenakan saya. Kenapa awak buat macam tak tau je yang saya ni tunang awak dulu?"
"Dah awak sendiri yang tak nak tahu siapa bakal suami awak. Saya pun diam je lah sebab awak tak tanya. Saya pakai cincin yang sama pun awak tak perasan haritu." Serius aku tak perasan. Aku menepuk dahi sendiri. Kenapalah aku slow sangat. Tiba-tiba dia memegang dahi aku.
"Kenapa? Ada nyamuk ke? Meh saya tolong pukulkan." Hat ni dia nak skru aku ka apa.
"Tak kelakarlah."
"Saya serius ni." Nampak memang serius. Ambil berat naa dekat aku.
"Lepas ni dah tak boleh panggil awak saya dah. Kita kena panggil nama manja." Dah mai dah idea nakal dia tu.
"Nama apa?"
"Saya panggil awak sayang. Awak nak panggil saya apa?"
"Entahlah, kalau nak panggil abang.. awak lagi muda daripada saya."
"Abang tak kisah kalau sayang nak panggil abang abang." Laa ni aku yang pening tau. Hang okey sajalah.
"Panggil bobo boleh tak."
"Haih tak boleh. Nanti jadi lagu bobo di mana pula."
"Baba?"
"Tunggulah kita ada anak nanti."
"Yelah abang je lah. Tadi kata tak kisah, lepas tu semua tak boleh."
"Eleh isteri abang merajuk ke ni." Dia memandangku sambil tersenyum-senyum. Nampak wajah ikhlas dia menyayangiku.
"Dahlah jom tidur. Abang penat ni." Dia menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba mak menjerit.
"Jangan lupa basuh kaki sebelum tidoq!" Kami hanya tergelak kecil.
-----------
Sis akan sambung tulis kalau ramai baca tapi kalau tak maybe jalan cerita dia habis dekat sini je . Terima kasih kerana membaca :)
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...