Bab 20

4.1K 221 2
                                    

"LAMA abang tak dengar cerita pasal Hani. Tup tup dah kahwin. Sampai hati tak jemput abang."

"Bukannya Hani tak nak jemput Abang Harriz. Perkahwinan Hani ni memang untuk keluarga je, tak jemput jiran semua. Hani dengan suami pun sibuk, masing-masing ada kerja. Ini pun esok kitorang dah nak balik KL."

Aku duduk di atas batu. Manakala Abang Harriz duduk di sebelahku. Takdelah dekat sangat pun. Uwais pula? Dia sedang memerhatikan aku dengan Abang Harriz. Aku hanya mengendahkan raut wajah Uwais yang sudah mulai kelat. Sengaja nak tengok tahap cemburu dia tu. Hehe.

"Abang keluar sorang ni...Melur tak merajuk ke?" Aku menukar topik perbualan.

"Tak. Abang keluar ambil angin sekejap je. Rindu sangat nak jalan-jalan hirup udara segar sekali-sekala." Aku hanya menunduk dan menganggukkan kepala.

"Tak sangka pula abang boleh terserempak dengan Hani. Kuat betul kan jodoh kita?"

Aku terkedu dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Pelukan yang erat daripada seseorang membuatkan aku terkejut. Aku hanya berani menutup mata dan tidak bergerak. Kejung weh dekat situ.

"Jom mandi."

Suara yang cukup aku kenali menusuk masuk ke corong telingaku. Walaupun nada suaranya perlahan tetapi aku masih dapat menangkap setiap satu perkataan yang keluar dari mulutnya. Siapa lagi kalau bukan Uwais. Dari mana entah dia datang, tak perasan pula tadi. Aku dapat merasakan tanganku ditarik dengan kuat dan..

Kepush!!!

Uwais sempat memeluk tubuhku sebelum kami berdua masuk ke dalam sungai. Kau ingat rendah ke batu tu sampai boleh tolak aku masuk sungai ni haa? Tinggi tau tak.

Aku terkapai-kapai ingin mengambil nafas lalu menolak kepala Uwais masuk ke dalam sungai supaya aku selamat. Lepas sahaja nafas kembali stabil. Aku memandang Uwais dengan memuncungkan bibir. Lelaki ni memang nak kena.

"Raja Uwais bin Raja Najmi!!!!!!!!"

Aku menjerit sekuat hati dan akhirnya Uwais menutup mulutku dengan satu ciuman di bibir. Urghh, ni rasa nak marah lagi ni.

"How dare you!"

Aku cepat-cepat membasuh bibirku yang sudah tidak suci. Mintalah izin dulu. Eyyy. Uwais hanya mentertawakan aku. Geli hati sangat lahtu tengok muka aku macam beruk makyeh kan.

"Hahahaha. Padan muka. Itu balasan sebab tak reti nak senyap." Tiba-tiba satu ciuman hinggap dipipi ku.

"Haaaa, yang ni pula sebab buat abang jealous tadi."

Terasa bahang di seluruh mukaku walaupun duduk dekat dalam sungai. Rasa macam nak je aku bunuh lelaki ni dekat sini juga. Lambat-lambat aku berjalan keluar dari sungai. Tak sanggup nak duduk lama-lama dekat dalam ni.

Pakaian yang aku pakai melambatkan lagi perjalanan aku ke tebing sungai dan menyebabkan tangan aku ditarik semula oleh Uwais. Kali ni aku berada dalam pelukan Uwais. Dia memeluk aku seerat yang boleh tetapi masih memberi ruang untuk aku bernafas. Baru aku perasan yang dia tidak berbaju. Tubuhnya yang agak sasa membuatkan aku terkedu. Aku hanya senyap dan tidak bergerak walaupun seinci disebabkan terkejut.

Mukaku betul-betul menghadap mukanya. Terdengar nafasnya yang tercungap-cungap seperti baru sahaja lepas berlari. Tiada pergerakan antara kami. Debaran dia tak sama seperti debaran ketika mebuat pembentangan di hadapan beratus-ratus orang pelajar di dalam kelas. Malah lebih laju. Renungan antara kami dimatikan apabila dia menunduk dan bibirnya menghampiri corong telingaku.

"I love you Hani Syamila." Bisikan itu membuatkan aku lemah. Aku memeluk Uwais seerat yang mungkin. Dia mencium dahiku dengan penuh kasih sayang. Aku dapat mendengar degup jantungnya yang berdegup laju sama sepertiku. Setelah beberapa lama, aku meleraikan pelukannya.

"Okey.. sekarang macam mana kita nak balik?" Aku memeluk tubuh sendiri sambil membuat muka. Dia ni kalau buat satu benda mesti tak guna akai. Main terjah ja. Abang Harriz tadi? Entah ke mana pun aku tak tau.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now