Bab 36

3.2K 179 2
                                    

AKTIVITI yang paling ditunggu-tunggu!!! Jungle trekking! Seperti biasa, kami perlu bergerak mengikut kumpulan. Kami perlu melalui enam checkpoint yang sudah di tanda dengan kain merah di setiap pokok. Tiada istilah sesat kecuali jika tersilap jalan ataupun terjatuh daripada curam. Segala peralatan seperti kompas dan lampu suluh juga sudah disediakan.

"Kita akan bergerak dalam pukul 2 petang. Perjalanan ni akan makan masa dalam tiga ke empat jam. Jadi masing-masing perlu jaga diri. Jangan leka sebab kita akan sambung buat jungle trekking waktu malam ni seorang diri di tempat yang sama. So, ingat semua checkpoint dan jangan tersilap jalan. Kalau sesat petang ni kira okey lagi tapi kalau ada yang sesat malam ni, memang atas kecuaian sendiri. Faham?"

Semua mengangguk mendengar taklimat yang diberikan oleh penunjuk jalan iaitu Encik Hamidi yang mengaturkan aktiviti ini. Aku menoleh ke arah Uwais. Dia kelihatan seperti sedang mengelamun jauh. Aku mengeluh berat memandangnya. Entah kenapa hatiku seperti tidak tenang seperti ada benda yang tak kena akan berlaku.

Sebelum aktiviti bermula aku menghampiri Uwais.

"Awak. Hati-hati tau. Saya risaulah. Rasa tak sedap hati."

Aku memandangnya yang tidak memberikan apa-apa reaksi terhadapku. Sekali lagi dia melayanku seperti patung. Dia langsung tidak memandangku malah sibuk membetulkan tali kasutnya. Lambat-lambat aku berlalu meninggalkannya pergi ke arah kumpulanku iaitu Hairi dan Dani.

"Are you ready miss?" Kata Hairi kepadaku.

Aku mengangguk dan memberikan senyuman tawar kepada Hairi.

Sepanjang perjalanan Hairi tidak henti-henti mengingatkan aku setiap checkpoint dan arah kompas yang perlu aku lalui. Dani juga memberi peringatan kepadaku.

"Ingat checkpoint ke tiga ada bunyi air terjun. Maksudnya kita dah berada di separuh jalan. Jadi kalau malam nanti tak tau jalan, dengar bunyi air terjun. Lepastu nanti nampaklah kain merah ni." Panjang Dani menerangkan kepadaku dan Hairi.

"Oooooo." Panjang jugalah O kami membalas kata-kata Dani.

Kami duduk berehat sebentar di checkpoint keempat.

"Miss, ada apa-apa nak tanya?" Dani menegurku. Aku cepat-cepat menggeleng.

"Aku ada soalan." Kami berdua memandang Hairi menunggu soalan daripadanya.

"Contohlah, contoh tau. Kalau ada antara kita sesat dalam hutan ni malam ni. Apa perkara pertama sekali kita kena buat? Kalau betul-betul dah lupa jalan dan terambil jalan lain. Macam mana?"

"Satu je. Kalau kau rasa dah give up. Tutup mata..." Belum sempat Dani menyambung penerangannya Hairi sudah tergelak mengekek. Aku mengelip-ngelipkan mata berkali-kali tanda pelik.

"Apa pasal kau gelak?" Dani menyoal Hairi.

"Mananya tak gelak. Kau suruh tutup mata. Habis tu nampak apa je kalau tutup mata? Kau ingat boleh sampai terus ke checkpoint terakhir ka? Hahahaha."

Berdekah Hairi gelak mentertawakan kata-kata Dani membuatkan aku turut tertawa.

"Ish kau ni. Aku tak habis cakap lagi lah!" Dani memukul belakang Hairi membuatkan Hairi terbatuk-batuk.

"Habistu?" Hairi mengangkat kening. Dahinya sudah berkerut.

"Tutup mata. Dengar bunyi air terjun. Lepastu pergi dekat arah tu. Kalau rasa dah penat sangat dan tak boleh nak teruskan perjalanan lagi, tunggu je dekat tebing sungai. Biasanya penyelamat akan pergi ke tempat macam tu dulu sebelum tempat lain sebab situ sumber air. Kalau orang yang penat dan haus, dia akan pergi situ."

"Oooooo." Sekali lagi kami membuat bunyi O dan mengangguk faham.

--------

EKSPIDISI malam bermula dalam beberapa minit lagi. Jantungku berdegup semakin laju tidak tahu kenapa. Aku cuba untuk menyedapkan hati dan menenangkan diri. Untuk kali terakhir sebelum memulakan aktiviti, aku mendekati Uwais yang sedang duduk memeluk kaki sambil meminum air. Entah apa yang sedang dimenungkannya aku pun tak tahu. Aku duduk disebelahnya.

"Uwais.. awak okey tak?"

Tiada tanda-tanda dia ingin membalas pertanyaanku.

"Awak hati-hati okey? Kalau awak sesat atau pun ada apa-apa jadi nanti ingat cakap saya. Pergi dekat arah sungai. Kalau awak tak tau, awak tutup mata dan dengar bunyi air. Saya akan cari awak dekat situ."

Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam menembus masuk mataku. Aku hanya tersenyum dan ketawa palsu.

"Hahaha, saya gurau je lah. Takkanlah awak sesat pula kan? Mungkin saya yang sesat nanti. Ingat tau apa yang saya cakap."

Aku bangun membuka topi dan memakaikan topi yang bercorak bunga tersebut ke atas kepala Uwais. Dia hanya berkelip-kelip memandangku dan aku membalas kerdipannya dengan senyuman sebelum berlalu pergi.

"Semua berkumpul sekarang! Kita akan mulakan ekspidisi sebentar sahaja lagi. Dani, kira jumlah semua."

Aku cuba untuk mententeramkan diri dan membaca ayat kursi berulang kali dan beberapa surah pendek.

"Ingat! Kita nak masuk hutan, jaga diri, jaga perlakuan sebab hutan ni bukan kita sorang je ada. Faham?"

"Fahammm!!" Semua pelajar membalas dengan nada serius.

Satu per satu masuk ke dalam hutan seorang diri. Kami dilepaskan dua puluh minit selepas seorang masuk ke dalam hutan. Aku menoleh ke arah Uwais yang sedang menguis-nguis tanah menggunakan ranting kayu. Topi yang aku pakaikan tadi masih melekat di kepalanya membuatkan aku tersenyum tenang.

"Nombor lima! Masuk!"

'Uwais, jaga diri' bisikku perlahan. Aku tidak henti-henti memandangnya  sebelum dia hilang daripada pandangan.

Hanya aku dan Dani sahaja yang tinggal.

"Nombor sembilan! Masuk!"

Aku terus bangun dan mengibas-ngibas seluarku yang penuh dengan tanah sebelum masuk ke dalam hutan. Lampu suluh di buka mengharapkan ia akan bertahan sehingga ke destinasi yang di tuju.

Tiga jam sudah berlalu dan aku hampir sampai ke destinasi. Tinggal dua checkpoint sahaja untuk aku tiba.
Alhamdullillah, setakat ini segalanya berjalan lancar. Semua ini kerana ahli pasukanku sendiri yang bertungkus lumus memberi peringatan dan tunjuk ajar kepadaku. Kalau tidak mesti fikiranku asyik menerawang memikirkan masalah aku dan Uwais yang tidak berpenghujung.

Setibanya di destinasi aku berhenti di tepi pokok untuk meminum air sebelum melapor diri untuk memberitahu bahawa aku selamat sampai. Tiba-tiba aku terdengar perbualan seorang pekerja yang menguruskan aktiviti ini dengan Encik Hamidi.

"Nombor lima tak sampai lagi tuan. Sepatutnya sekarang ni dia dah sampai sebab nombor belakang dia semua dah tiba dengan selamat."

"Tak apa. Kita tunggu semua sampai dulu. Dalam beberapa jam lagi kita akan cari dia. Kalau tak ada juga baru kita buat laporan untuk kerahkan yang lain cari dia."

Hampir terjatuh botol air ditanganku apabila mendengar perbualan mereka. Nombor lima ialah Uwais! Degupan jantungku yang tadinya sudah perlahan kini kembali berdegup laju. Ya Allah, kau selamatlah dia.

Aku cepat-cepat masuk kembali ke dalam hutan semula untuk mencari Uwais. Aku yakin bahawa Uwais pasti mendengar pesan yang aku beritahu padanya tadi. Aku mengerling ke arah jam tangan yang sudah menunjukkan jam satu pagi.
-----
Agak-agak apa yang jadi dekat Uwais eh? Hmm...

Check it out my new book! ENCIK BAD BOY

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now