KUMPULAN aku sudah bersiap sedia mengambil tempat masing-masing. Aku mengambil posisi di hadapan manakala Hairi dan Dani di belakang. Kumpulan kami dan kumpulan Uwais akan memulakan perlawanan. Tanganku mulai sejuk dan menggigil. First time kot main bola tampar.
Aku meluruskan tangan untuk menyangga dan membetulkan posisi kaki. Kumpulan Uwais akan membuat servis. Kelihatan Uwais sedang bersiap sedia untuk membuat pukulan. Bola tersebut dipukul sebaik sahaja wisel ditiupkan oleh Luq.
"Haa miss, ambil!"
Aku cuba memukul semula bola tersebut dan berjaya menghantar semula ke gelanggang pihak lawan tetapi mereka lebih pantas dengan membalas semula hantaran bola tersebut dengan lebih tinggi. Aku terpaksa berlari sedikit ke belakang dan terlanggar seseorang.
"Sorry sorry."
Dani hanya mengangguk, wajahnya masih fokus tanpa melihatku. Kumpulan Uwais sudah mendapat satu mata disebabkan kecuaianku.
"Miss, pergi jaga belakang. Biar saya dengan Dani dekat depan."
Aku mengangguk mengikut arahan Hairi. Mereka lebih cepat dan tangkas memukul bola tersebut. Aku yang dekat belakang ni dah macam tunggul dah sebab tak ada buat apa-apa. Bila bola tu sampai dekat aku je mesti Hairi tampar balik. Dani pun sama. Langsung tak bagi aku peluang. Selepas beberapa minit, kumpulan aku mendahului kumpulan Uwais dengan empat mata.
Kami bertukar gelanggang apabila masuk pusingan kedua antara kumpulan aku dan kumpulan Uwais. Aku mengambil posisi di hadapan semula.
"Miss jaga belakang."
"Tak nak. Saya pun nak main juga. Awak ingat saya tunggul ke dekat belakang haa?"
"Yelah miss."
Hairi hanya tersengih.
"Baling tinggi sikit boleh tak?"
Hairi menjerit memberitahu kumpulan Uwais. Kali ni bola yang diberi lebih tinggi dan lebih jauh berbanding tadi. Cis, tadi aku dekat belakang tak ada pula bola tu sibuk nak pergi belakang. Ini aku dekat depan, semua sibuk nak pergi belakang. Tak boleh jadi ni. Balingan bola tersebut dibalas antara kedua-dua kumpulan. Aku yang berada di hadapan hanya mengikut arah bola tersebut yang sedang menuju ke arah gelanggangku. Aku cepat-cepat berlari mengundur ke belakang untuk menampar bola tersebut tetapi tidak dapat. Malah aku hampir terjatuh disebabkan kakiku yang tidak stabil tetapi sempat ditangkap oleh Dani. Dani memegang bahuku daripada belakang supaya aku tidak terjatuh.
"Miss okey ke?"
Aku hanya mengangguk tidak memandang wajahnya yang sedang melihatku. Tangannya masih memegang bahuku.
"Please be careful."
Tiba-tiba Dani berpusing menghadapku lalu menarik bahuku dekat dengan badannya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain menunduk dan bunyi yang kuat kedengaran. Rupa-rupanya itu adalah bunyi bola yang dipukul oleh kumpulan Uwais ke gelanggangku. Bola tersebut terkena tepat di belakang badan Dani membuatkan aku terkejut.
"Dani, awak okey tak?"
Dia hanya mengangguk. Wajahnya masih sama tetapi kelihatan merah. Barangkali menahan kesakitan.
"Saya minta maaf sangat-sangat."
"Tak apa."
Dia hanya tersenyum. Kalau aku tak kahwin lagi ni mesti cayaq tengok. Hehe. Bunyi wisel kedengaran menandakan perlawanan sudah tamat. Hairi menghampiri kami berdua.
"Korang dua okey tak?"
Aku dan Dani mengangguk serentak. Beberapa saat kemudian Uwais muncul di hadapan kami.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...