AKU cuba untuk membuka mata. Kepala terasa sakit tetapi aku gagahkan diri untuk bangun juga. Terasa seperti tanganku dinggenggam erat oleh seseorang. Aku meleraikan tangannya dan mengusap perlahan rambutnya.
Dia bangun daripada tidur dan terus memandangku dengan keadaannya yang masih separuh sedar.
"Sayang? Sayang dah bangun?" Aku menggangguk laju sambil tersenyum melihatnya. Dia mengucup perlahan dahiku.
"A..aaa..air." Uwais segera mengambil bekas yang berisi air di tepi katil dan dituangkan ke dalam gelas kemudian diberikan kepadaku.
Dia membetulkan dudukku dan kemudian duduk di sebelahku sambil mengusap-usap lembut rambutku.
"Sayang nak apa-apa lagi ke? Biar abang ambilkan." Aku menggeleng dan memberikan gelas yang kosong kepadanya. Kemudian aku baring semula.
"Abang turun bawah kejap ya. Nak ambil ubat dengan bubur untuk sayang." Aku memejamkan mata tidak membalas kata-katanya.
Beberapa minit kemudian aku terdengar bunyi pintu dibuka. Pasti Uwais yang masuk ke dalam bilik.
"Sayang.. bangun makan bubur. Lepastu sayang makan ubat ya?" Aku menggeleng tanda tidak mahu.
"Sayang kenapa ni? Makanlah sikit. Daripada petang semalam sayang tidur tak makan apa. Nanti perut masuk angin macam mana? Sayang.. meh makan sikit. Abang suapkan." Aku menggeleng lagi.
Tiada selera untuk makan. Tekak terasa mual. Uwais meletakkan tapak tangannya di dahi dan leherku. Kemudian dia cuba menyelak bajuku tetapi aku sempat memukul tangannya. Mataku membulat memandangnya. Dia mengeluh perlahan.
"Abang nak rasa badan sayang panas ke tak. Ingat abang ni apa haa? Pervert? Kalau pervert pun sayang kan isteri abang." Aku menjelingnya tajam. Nak buka mulut pun aku tak boleh. Mata sahajalah sebagai isyarat.
"Makan sikit eh sayang? Please." Dia mula membuat muka comel seperti kucing parsi.
"Buka mulut.. aaaa.." Mahu tak mahu aku ikut sahajalah. Aku membuka mulut perlahan.
Dua tiga suap sahaja aku mampu telan dan suapan keenpat aku menggeleng tanda tidak mahu. Uwais memaksa aku juga dan dimasukkan terus bubur ke dalam mulutku bertalu-talu. Aku memukulnya berkali-kali tanda menyuruhnya berhenti.
"Sayang ni degillah. Terpaksa abang guna cara macam ni. Tak boleh bagi muka sayang ni." Nadanya lembut tetapi ada ketegasan.
Aku menggenggam lengannya kuat. Tekak terasa mual. Aku memberi tanda kepada Uwais bahawa aku ingin ke tandas tetapi Uwais tidak mengerti. Dahinya berkerut seribu hendak memahamiku.
Akhirnya aku termuntah di hadapan Uwais. Habis seluar dan tangannya terkena kesan muntah daripadaku. Hampir terkeluar biji matanya melihatku akibat terkejut dengan tindakan refleksku.
Perlahan-lahan wajah terkejutnya bertukar simpati. Dia memandangku dengan riak wajah yang aku sendiri tidak dapat mengerti.
"Dah okey dah? Sayang nak muntah lagi ke?" Aku menggeleng dan berbaring semula. Aku melihatnya yang sedang bangun menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Kasihan Uwais.
Dia kembali duduk di sebelahku dengan membawa kain dan gayung dan diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Dia mengambil kain tersebut kemudian dimasukkan ke dalam gayung yang berisi air dan diperah perlahan.
Aku hanya melihat perilakunya yang sedikit sebanyak membuatkan aku terasa disayangi olehnya. Dia membetulkan posisi baringku yang mengiring kepada menelentang. Perlahan-lahan dia meletakkan kain tersebut di atas dahiku. Kemudian dia mengelap leherku dengan menggunakan kain yang satu lagi.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...