UWAIS.. janganlah jadi apa-apa dekat dia. Ya Allah, selamatkanlah dia. Tidak henti-henti bibirku mendoakan dia agar selamat.
Aku terdengar bunyi sesuatu daripada arah bertentangan. Tanganku laju sahaja mengambil batang kayu untuk mempertahankan diri lalu mencari tempat untuk menyorok. Lampu suluh segera aku tutup. Malam yang gelap menyukarkan pandanganku.
Aku ternampak susuk tubuh seorang lelaki sedang melalui jalan. Dani! Hanya dia seorang yang belum sampai ke destinasi. Aku cepat-cepat bangun dan berlari ke arahnya.
"Dani!"
"Miss? Kenapa ni? Sesat ke?" Dani bertanya sambil mengerutkan dahi.
Aku hanya menggeleng.
"Habistu?"
"Tolong saya."
"Tolong apa?"
"U..Uwais."
"Uwais? Raja Uwais?"
"Dia.. dia hilang. Tolong saya cari dia."
"What?"
Dani meraup mukanya.
"Sungai! Cari Uwais dekat sungai!"
"Mana miss tahu?"
"Awak yang cakap."
"Jom, sekarang ni kita ada dekat checkpoint kelima. Lagi dua checkpoint nak sampai ke sungai."
Aku mengangguk sambil mengekorinya.
"Awak rasa pukul berapa baru sampai sana?"
"Dalam satu ke dua jam. Itu pun kalau jumpa dia."
"Kalau tak?"
"Kita kena balik dan biar pihak berkenaan yang uruskan semua ni."
Aku mengeluh berat. Harap-haraplah aku dapat jumpa Uwais. Rasa bersalah mula menyelubungiku. Sebab aku ke Uwais hilang? Ya Allah.. selamatkanlah dia.
Lama kami berjalan tanpa rehat. Tekakku mula terasa kering. Botol air ditanganku sudah tinggal sedikit.
"Dani, awak ada air tak?"
Dani terus memberikan botol airnya kepadaku.
"Kita berhenti kejap dekat sini ya miss Hani?"
Aku menggeleng.
"Tak boleh."
"Miss nampak penat sangat."
"Tak boleh. Kalau awak nak berhenti. Awak berhenti sorang. Saya nak pergi cari Uwais."
Aku meneruskan perjalanan dan melangkah masuk ke arah semak samun bagi mengambil jalan pendek untuk ke sungai.
"Miss, tunggu! Bahayalah guna jalan dekat situ! Sebab ada.."
Kakiku seakan-akan direntap dengan tali yang kuat menyebabkan aku tertarik ke atas membuatkan aku menjerit sebelum sempat Dani menghabiskan kata-katanya.
"..perangkap untuk haiwan."
Sakit. Pedih. Kaki kananku terasa pedih dan kebas disebabkan tali tadi betul-betul mengikat kakiku. Aku tergantung secara menelentang, kepala berada beberapa sentimeter dari tanah manakala kaki di atas.
Dani cepat-cepat memotong tali yang tergantung di pokok dengan menggunakan pisau yang dibawa lalu menyambutku selepas tali tersebut terlerai.
"Ya Allah! Kaki miss berdarah ni. Boleh jalan lagi ke?"
"Dani, jom kita sambung cari Uwais."
Aku membiarkan kaki yang terasa pedih dan kebas. Uwais lebih penting.
"Miss, you're not okay. Kita balik dulu eh? Biar yang lain je cari Uwais."
Dani membuka bajunya dan dikoyakkan. Kemudian dibalut di pergelangan kakiku.
"No!"
Air mataku mula keluar. Peluh yang menitis juga aku biarkan.
"No! Saya nak cari Uwais! Tolonglah saya Dani!"
Aku mula teresak-esak memohon kepada Dani supaya membantuku.
"But your own safety is more important miss Hani!"
Dani menjerit kepadaku. Terlihat uratnya keluar ketika bersuara. Wajahnya mula serabut dan tertekan. Dia mengetap gigi dan memandang ke atas.
"Please Dani, I beg you."
"Miss, tolong jangan degil."
Dia mula menggendongku.
"He's my husband! Please, help me Dani."
Air mataku semakin deras turun. Lambat-lambat Dani menurunkan aku daripada gendongannya.
"Please Dani."
"But.."
Aku duduk melutut memohon kepadanya supaya menolongku.
"Tolonglah Dani."
Dani mengeluh berat. Kerutan di dahinya semakin bertambah melihat diriku.
"Fine."
Aku membuka hoodie yang aku pakai lalu memberikannya kepada Dani.
"Pakai walaupun tak muat. Buat tutup badan."
Dani mengambilnya.
"Thanks."
Aku bangun perlahan-lahan bagi meneruskan perjalanan. Kaki terhincut-hincut tetapi masih terus berjalan.
"Miss.. you're not okay."
"Saya takkan okay selagi saya tak jumpa Uwais."
"Let me help you."
Dani memapahku supaya aku boleh berjalan.
-------
JAM di tangan sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Kami sudah sampai di checkpoint ketiga. Tempat di mana terdapatnya sungai.
"Kenapa miss yakin sangat yang Uwais akan ada dekat sini?"
Aku tersenyum kelat.
"Sebab saya dah bagitau dia sebelum masuk hutan tadi."
"Ouh."
Aku menutup mata. Bunyi air kedengaran dekat sekali.
"Jom turun bawah Dani."
Dia hanya mengangguk sambil membantuku menuruni cerun yang boleh dikatakan agak curam sebelum sampai ke sungai. Kakiku yang sakit aku tolak ke tepi. Uwais lebih penting.
Aku menoleh ke arah sekeliling. Badanku rebah apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang terbaring di tebing sungai. Dani cepat-cepat mengangkatku semula dan membawaku ke arah lelaki tersebut.
Mataku sekali lagi berair. Air mata yang tidak dapat ditahan mengalir deras apabila melihat wajah lelaki tersebut. Kepalanya berlumuran dengan darah seperti terhantuk pada sesuatu yang keras.
Cepat-cepat aku menyandarkan kepalanya diribaku.
"Uwais! Wake up! Ya Allah, tolonglah selamatkan dia."
Aku menepuk lembut pipi Uwais.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...