"SIR Luq! Lepasni kita nak buat apa?"
"Kita akan lawan bola tampar ikut kumpulan tadi."
Wah, sepanjang hidup aku tak pernah main bola tampar. Ini kali pertama main. Aku tersangatlah teruja dan dalam masa yang sama takut sebab aku tak reti main. Ahli kumpulan aku mula mendekatiku.
"Hairi, Dani. Erm.. miss sebenarnya tak pernah main bola tampar. Boleh tak korang ajarkan?"
Hairi membuat muka tidak percaya manakala muka Dani pula tiada perasaan seperti selalu.
"Tak apa miss, apa fungsi hero dua orang depan mata miss ni kan kalau bukan untuk tolong miss."
Hairi tersenyum sambil menepuk bahu Dani membuatkannya memandang Hairi dan tersenyum.
"Senang je main bola tampar ni. Saya ajar miss basic dululah eh? Kalau miss nak serve bola, pastikan tangan macam ni."
Hairi menunjukkan cara yang betul untuk menghantar bola. Bunyi dia kuat wo! Tak sakit ke tangan tu weh?
"Dani! Tolong ambilkan bola tu."
Dani hanya mengikut arahan Hairi dengan berlari mendapatkan bola tersebut kemudian diberikan semula kepada Hairi.
"Haa sekarang miss pula cuba."
Hairi membaling bola tampar tersebut ke arahku dan hanya angin sahaja yang aku mampu tampar. Bola satu hapak pun tak dapat.
Entah ke berapa kali, aku terkedek-kedek cuba untuk menampar bola tetapi tidak berhasil.
"Hahaha, miss ni comel lah. Apa pasai miss pukul angin? Bergaduh dengan angin ka? Hahaha."
Peluh mula menitis di dahiku. Aku memandang Hairi dengan pandangan yang tajam.
"Urgh, hangpa ingat senang ka? Ceq tengah cubalah ni."
"Hahaha. Tak apa miss, kitorang dua ada. Confirm menang."
"Saya tak kisahlah menang ke kalah. Saya nak main juga. Cepatlah Hairi, baling balik."
Kali ini aku menarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya semula.
"Hani Sungai Petani, mesti boleh. Aja aja hwaiting!"
Dannn yaaaaaa! Aku berjaya menampar semula bola tersebut. Hahaha. Sekali jauh daa sampai terkena kepala seseorang. Baru ingat nak lompat-lompat sebab dapat serve bola. Aku cepat-cepat berlari untuk mengambil bola tersebut.
"Maaf, saya tak sengaja."
Badannya tinggi menyebabkan aku tidak dapat melihat wajahnya tambahan lagi dia memakai topi. Aku cepat-cepat menundukkan muka apabila dia memusingkan badan menghadapku. Dia berjalan selangkah merapatiku. Aku mula menapak ke belakang selangkah. Selangkah dia ke depan, selangkah jugalah aku ke belakang. Aku memeluk erat bola yang berada di tanganku. Dia mula mengambil bola yang aku pegang. Alahai kenapa pula ni? Nak balas dendam dengan aku ke?
Aku memegang erat bola tersebut manakala dia menarik bola yang aku sedang pegang. Mulalah sesi tarik menarik bola antara kami berdua. Dia tarik bola tu, aku pun tarik lagi kuat. Tarik punya tarik sampailah aku terduduk di atas pasir disebabkan dia melepaskan bola tersebut. Bola memang dapat, sakit pun dapat sekali.
"Hey! Awak ni kenapa haa? Saya dah minta maaf kan?"
Aku terus berdiri menepuk-nepuk seluar yang penuh dengan pasir lalu memandang wajahnya. Dia hanya tersenyum sinis memandangku sambil memeluk tubuh.
"U..uu..uwais?"
"Lain kali nak minta maaf tu pandanglah orang. Ini tak, minta maaf pun macam tak ikhlas je. Bukan nak tanya kepala orang okey ke tak? Nak bawa pergi klinik ke? Berdarah ke? Tak hilang ingatan lagi kan? Ni datang-datang terus ambil bola."
Aku hanya tersengih memandangnya.
"Alaa, sorrylah. Saya tak layan lelaki yang saya tak kenal."
"Hello? This is Raja Uwais. Takkanlah tak kenal kot?"
"Saya tak tahu pun lelaki yang berdiri depan saya tadi tu awak sebab tu saya tak tanya banyak."
Dia hanya mengangguk menerima alasanku.
"Saya pergi sana balik ya? Bye."
Aku berlari mendapatkan Hairi dan Dani tetapi larianku terhenti apabila menyedari ada sesuatu yang hilang. Aku memusingkan badan memandang Uwais yang sedang berlatih bola tampar.
"Raja Uwais!"
Semua orang yang berada di situ memandangku dengan wajah terkejut apabila melihatku menjerit memanggil nama Uwais. Ahh, kisah apa aku. Aku berlari semula ke arahnya dan berhenti betul-betul di hadapannya sambil bercekak pinggang.
"Itu saya punya topi! Awak curi saya punya."
Uwais mengerutkan dahi pura-pura tidak tahu.
"Awak ada bukti ke? Hmm, lagi pun topi ni tak ada tulis pula nama miss Hani."
Uwais membuka topi tersebut dan membelek-beleknya luar dan dalam seperti sedang mencari namaku.
"Topi tu ada corak bunga ros dekat tengah. Tak tahu pula lelaki pakai topi corak bunga bunga."
Aku tersenyum sinis memandangnya.
"Why not? Comel apa."
Dia membalas senyuman sinisku dengan memberikan senyuman lebar kepadaku.
"Bagilah balik dekat saya. Awak pergilah beli dekat kedai mana mana."
Aku mengeluarkan tapak tangan kanan memberi isyarat supaya dia memulangkan semula topi tersebut kepadaku tetapi malangnya dia menampar tapak tanganku. Aku membuat muka geram dan tidak akan sekali-kali menyerah kalah.
"Awak betul-betul nak topi ni?"
Aku mengangguk dengan laju memandangnya.
"Ambillah kalau boleh."
Uwais mengangkat tangannya tinggi sambil memegang topiku. Urgh, dia dah lah tinggi. Macam mana nak ambil topi tu?
Aku sedaya upaya melompat untuk mendapatkan topiku semula. Aku tak perasan yang sewaktu aku melompat aku menarik baju Uwais menyebabkan Uwais terjatuh menghempapku. Aku terkedu tidak mampu membuat apa-apa. Uwais yang tersedar cepat-cepat bangun memberikan topi kepadaku. Dan ramai yang menjadi saksi drama kami berdua pada waktu itu. Malunya ya ampun, tak boleh nak cakap dah.
---------
Hey, terima kasih kerana masih setia membaca hehe. Sis nak buat lagi satu cerita dan dah publish dah. Nama tajuk cerita yang baru sis buat ialah "Encik Bad Boy". Siapa yang curious tu pergilah tengok tengok dulu. ;)
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...