"MAKKK!!! Hani penat!" aku menyeka air mata yang deras.
"Uwais buat pa kat hang ni Hani? Ya Allah, anak mak ni. Tak mau lah nangeh. Cer habaq kat mak apa yang jadi."
"Ada orang sebaq gambar Hani ngan Uwais. Lepastu gambar ceq ngan laki lain. Pastu ada orang cakap ceq simpan anak ikan. Makk!!! Ceq tak buat semua tuu!" Aku terangkan kepada mak sambil teresak-esak.
"Laa nii, Uwais pula merajuk dengan ceq. Dia tak bagi ceq kerja. Dia suruh ceq jaga dia. Tapi ceq pergi juga kerja sebab ceq punya cuti sakit dah habis."
"Kejap. Hang tak habaq ka kat tempat kerja yang hang dah kahwin?"
"Tak."
"Hani, kahwin ni kita tak boleh buat main. Kena habaq kat semua. Biar takda fitnah dan salah faham. Laa nii benda jadi macam ni. Kan dah susah. Lagi satu. Suami tu keutamaan kita. Kalau dia cakap apa, kita kena ikut. Melainkan yang melanggar hukum Islam. Jangan sesekali lebihkan hal lain dan tinggalkan suami. Tambah lagi bila dia sakit."
"Yaa, Hani salah."
"Tak apa lah. Benda dah jadi. Jangan buat silap yang sama."
Aku hanya mengangguk walaupun mak tak nampak.
"Dah. Tak mau lah nangis. Anggaplah ni baru ujian kecil."
Aku senyap dan cuba untuk menenangkan diri.
"Mak, ceq sayang Uwais. Ceq tak mau gaduh teruk macam ni dengan dia. Bila dia tengking ceq tadi. Ceq takut sangat. Ceq tak nak dia macam tu." Sekali lagi air mataku jatuh. Aku sangat terkesan dengan jeritan Uwais sebentar tadi.
"Hang sabar naa. Lelaki kadang-kadang memang lagu tu. Jaga dia elok-elok. Jangan bagi dia marah."
"Hmmm."
Aku keluar daripada tandas dan menuju ke bilik untuk mengambil bedak sejuk untuk menutup mukaku yang sembam disebabkan menangis.
Masuk sahaja di dalam bilik, aku terus membuka laci dan mengambil bedak sejuk dan menepeknya di mukaku. Batang hidung Uwais langsung tak perasan. Dia pergi mana? Takkanlah keluar dengan kaki yang sakit dia tu.Tiba-tiba lampu bilik terpadam. Dengan penuh keberanian aku gagahkan diri untuk berjalan keluar daripada bilik. Rupa-rupanya dekat luar pun terpadam. Aku membuka lampu telefon supaya membolehkan aku bergerak tanpa melanggar apa-apa benda.
"Uwais! Awak kat mana?!" Aku menjerit memanggil Uwais. Takut weh. Dah lah rumah besar. Lepastu duduk dua orang je. Huaaa!!! Aku tak nak duduk kat sini. Gila wo kalau nampak benda lain ni.
"Uwaisss!!!! Mana awak!!"
Tanganku mula sejuk dan menggigil. Aku ni penakut sebenarnya tapi pura-pura berani. Aku melihat jam di telefon yang sudah menunjukkan pukul 12 malam. Lama juga aku otp dengan mak rupanya. Weh 12 malam! Mampus. Aku kena cari Uwais juga.
Aku menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Tak ada siapa.
"Uwais? Mana awak?" Air mataku mula turun sedikit demi sedikit.
"Uwais. Sss..sa..saya takut."
Sampai sahaja di hadapan tempat masuk dapur aku terus terduduk. Aku memeluk kaki dan menangis semahunya.
"Uwais.. mana awak?"
Tiba-tiba aku dapat merasakan ada sesuatu mencucuk-cucuk lenganku. Bukan lengan sahaja malah mencucuk badanku. Ah sudah. Apa benda pula ni. Aku memberanikan diri mengangkat muka untuk melihat gerangan yang mencucukku. Mata masih terpejam. Belum sempat aku membuka mata, aku mendengar suara Uwais menjerit.
"Aaaaaaa!!!! Hantuuuuuu!!"
Lagilah aku tutup mata. Terkumat kamit mulutku membaca ayat kursi dan surah yang patut. Aku perlahan-lahan bangun dan membuka mata tetapi pengsan setelah mendengar jeritan daripada Uwais.
"Pergilaahhhhhh!!!! Aku tak kacau kauu!!! Sayangggg!!!!!! Mana awakkkk??!!??"
KEPALAKU terasa sakit dan berdenyut. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku masih terbaring di atas lantai. Aku gagahkan diri untuk bangun dan pergi ke sinki untuk mencuci muka. Tak tahulah sekarang pukul berapa.
Ada lagi ke benda tu? Mana Uwais? Sebaik sahaja aku menoleh aku terlihat satu susuk tubuh sedang duduk di atas kerusi di meja makan. Ah sudah! Apa benda pula tu. Telefon pun aku lupa dekat mana.
Nak tak nak aku beranikan diri untuk mendekatkan diri dengannya. Aku menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa susuk tubuh tersebut ialah Uwais. Aku melihat wajahnya yang sedang lena tidur daripada cahaya bulan yang menembusi masuk.
Aku tersenyum kecil melihatnya. Perlahan-lahan aku mengusap lembut pipi dan rambutnya. Aku duduk di sebelahnya dan menyandarkan kepala di atas meja menghadap wajah Uwais.
"Saya suka awak macam ni. Tak marah. Tak merajuk. Nampak tenang macam baby. Handsome. Raja Uwais. I love you."
Aku menutup mata beberapa minit kemudian.
-----
"Sayang.. bangunn."Aku perlahan-lahan membuka mata.
"Uwais?"
Dia mengangguk.
"Bangun. Solat subuh."
Dia mengusap lembut kepalaku. Aku cepat-cepat bangun daripada kerusi dan memapahnya untuk berjalan menaiki tangga.
Usai sahaja solat subuh Aku menyalami Uwais. Dia mengucup dahiku perlahan lalu menggenggam erat tanganku.
"Sayang.. abang minta maaf. Abang tak jaga sayang elok-elok."
Aku menggeleng.
"Mana ada. Sayang yang tak jaga abang elok-elok. Sayang minta maaf sebab tak dengar cakap abang."
Aku mencium tangannya. Dia menarik dan terus memelukku erat sambil mengusap-usap kepalaku yang masih memakai telekung.
"Abang sayanggg sayang."
"Sayang pun sayanggg abang."
Aku tersenyum memandangnya yang melihatku.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...