“AWAK okey tak Hani?”
Aku hanya memberikan senyuman plastik kepada Luq. Hati masih panas dengan perilaku Uwais. Aku menyedut air berperisa mocha yang ditambah dengan bubble tea. Masuk kali ni, dah kali ketiga aku memesan air tersebut. Luq hanya memandang aku tanpa berkelip.
“Jangan minum banyak sangat. Nanti kena kencing manis baru tahu. Potong kaki tangan tu padan muka.”
Aku memberi jelingan maut kepadanya. Luq hanya tersenyum sinis.
“Marah sangat eh awak. Nak cakap universiti kita kalah lawan bola.. tak juga. Nak cakap awak cemburu.. tapi takkanlah dekat Uwais.”
“Luq… boleh tak jangan cakap pasal bola? Saya datang sini sebab nak sejukkan hati. Bukan nak cakap pasal benda tu.”
Luq hanya mengangkat bahu tanda menyerah.
“Hani..”
Aku memandang wajahnya yang tiba-tiba membuat muka serius. Dah kenapa mamat ni? Urgh.
“Apa?”
“Saya nak cakap sesuatu dekat awak.”
Bunyi macam serius. Agak-agak apa eh? Sambil aku menyedut air tersebut sambil aku berfikir.
“Saya…”
“Saya apa?”
Aku menepuk meja tanda tidak sabar. Dah lah tengah panas boleh pula dia bagi ayat yang tergantung macam tu. Bikin panas saja. Dia pun terkejut melihat reaksi aku.
“Saya nak cakap yang kalau awak ada perasaan dengan sesiapa atau pun lebih kepada ada hubungan dengan sesiapa.. tolonglah jangan sorok daripada pihak universiti.”
Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“Kenapa?”
“Awak pun tahu kan universiti ni macam mana? Dia bukan universiti kerajaan tapi swasta. Bila-bila masa je dia boleh tarik kerjaya awak sekelip mata.”
“Apa awak cakap ni Luq?”
“Saya cakap apa yang saya pernah lalui dan saya menyesal dengan apa yang pernah jadi dekat saya tapi awak baik. Saya tak nak awak buat benda yang sama macam saya buat. Itu je.”
****
“SAYANG merajuk lagi ke?”
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Malas aku layan lelaki macam ni. Sorry lah babe, aku ni hati kental. Perempuan kalau merajuk lagi lama daripada lelaki tau.
“Sayang dah makan ke belum?”
Uwais duduk di sebelahku sambil membetulkan kain pelekatnya. Aku menyibukkan diri dengan bermain telefon.
“Sayang? Cakaplah dengan abang. Janganlah buat abang macam ni.”
“Pergilah cakap dengan perempuan yang awak bagi flying kiss dekat dia tadi.”
Aku berjalan mengambil selendang dan earphone pada masa yang sama sebelum keluar daripada bilik. Aku tahu Uwais pasti akan mengikutiku. Jadi sebelum dia keluar daripada bilik dan tahu aku dekat mana baik aku cepat cari idea tempat mana aku nak menyorok.
Tiba-tiba terlintas di fikiranku ingin menyorok di dalam perpustakaan mini. Aku terus masuk ke dalam perpustakaan tanpa membuka lampu. Aku tidak mahu kehadiranku diketahui oleh Uwais.
Aku membuka lampu malam yang ada di setiap penjuru perpustakaan dan yang paling bestnya perpustakaan ni ada katil mini. Comel weh! Ya Allah, serius rasa macam dalam syurga buku haha. Aku melihat jam di dinding dan baru pukul lapan malam.
Aku membelek-belek buku yang ingin di baca. Banyak sangat buku yang menarik. Usai sahaja memilih buku bacaan aku terus menghempaskan badanku di atas katil. Selesa sungguh.
Perpustakaan ni semua ada. Kau nak air? Boleh. Nak pergi tandas? Ada. Nak solat? Pun ada sejadah dan telekung. Senang kata tak matilah kalau kau hidup dekat dalam ni haha. Aku mematikan telefon dan mula membaca. Lambat-lambat, aku terlelap dengan buku-buku yang berada di dalam pelukanku.
***
“YA Allah, Sayang! Buat apa dekat sini?”
Aku dengar suaranya yang agak risau tetapi aku terasa malas hendak bangun daripada tidur. Dia mengambil buku yang berada di dakapanku dan mungkin mengemas buku-buku yang aku ambil. Aku dapat merasakan seseorang duduk di atas katil. Almaklumlah katil ni kecil je.
“Sayang.. jom masuk bilik..”
Nada suaranya lembut membuatkan aku lagi mahu tidur. Lambat-lambat aku memisat-misat mataku dan bangun daripada katil untuk keluar. Dia hanya memerhatikan aku. Aku yang pada mulanya ingin keluar daripada perpustakaan tiba-tiba terasa malas.
Di pertengahan jalan aku memberhentikan perjalananku dan duduk bersila di atas lantai. Aku memegang-megang lantai perpustakaan yang kini dihiasi dengan karpet dan pap. Aku membaringkan diri di atas karpet tersebut. Lembut sangat aih, nak juga merasa baring dekat atas ni.
Uwais yang melihatku terkejut dengan perilaku aku yang spontan. Dia memangku kepalaku di atas pehanya sambil dia duduk bersila. Dia mengusap-usap kepalaku lembut.
“Abang minta maaf sayang.”
Itulah ayat terakhir yang aku dengar sebelum terlena di pangkuannya.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...