Bab 23

3.8K 222 1
                                    

"MUMMY, ada nampak Uwais tak?"

"Uwais? Takkanlah dia keluar malam lagi kot."

Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham akan kata-kata yang keluar daripada mulut mummy. Apa maksud mummy keluar malam?

"Ouh ya, lupa pula. Tadi Uwais ada cakap yang dia dekat perpustakaan."

"Ouhh. Okey. Hani naik dulu eh mummy."

Aku menaiki tangga menuju ke perpustakaan mini. Biasalah rumah orang kaya kan besar. Mestilah ada macam-macam. Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah jejak perpustakaan dekat rumah ni hehe.

Sampai sahaja di depan pintu, aku memasuki perpustakaan tersebut dengan berhati-hati supaya kehadiranku tidak diketahui oleh Uwais. Suasana perpustakaan tersebut sangat tenang dan yang ada hanyalah buku-buku di sekelilingnya. Rak buku tak payah cakaplah. Setiap penjuru mesti ada.

Kelihatan Uwais sedang fokus membuat kerjanya di hujung bilik. Kejap-kejap cermin matanya dibetulkan. Cermin mata yang berbingkai bulat menampakkan wajahnya yang berkarisma. Wah, tak menyesallah aku kahwin dengan dia ni hahaha.

Aku merangkak menuju ke arahnya dan.. pap! Aku terlanggar almari yang berada di sebelahku. Entah macam mana pun aku tak tahu. Aku terus duduk bersila di situ. Haraplah Uwais tak nampak sebab aku menyorok di sebalik rak-rak buku. Aku menggosok-gosokkan bahagian kepala yang sakit disebabkan terlanggar rak buku tadi. Memang cari gaduh betul rak buku ni.

"Sayang! Buat apa kat sini? Kenapa duk usap kepala tu?"

Dia duduk mencangkung di hadapanku dan mengusap-usap kepalaku. Cermin matanya masih cantik terletak di wajahnya. Aku memandang tepat ke arah anak matanya yang redup. Ya Allah, ceq cayaq dengan suami sendighi ni. Awat hang hensem sangat ah!

Mata Uwais yang tadinya fokus mengusap kepalaku terus bertukar memandang wajahku. Dia tersenyum sinis melihatku yang terkedu seribu bahasa. Dia mendekatkan badannya kepadaku. Aku yang terduduk, membelakangkan tangan dan hampir terbaring sebab nak menjauhkan badannya daripadaku. Kemudian, dia mendekatkan bibirnya ke telingaku untuk membisikkan sesuatu.

"I know you want me."

"Huh?"

Aku membuat muka blur tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.

"Please don't play innocent with me dear. You drive me crazy."

Jelas terdengar nafasnya yang tidak stabil dan tercungap-cungap seperti baru sahaja selesai berlari.

Dia menjauhkan diri daripadaku dan terus bangun keluar daripada perpustakaan tersebut. Jelas terpampang riak wajahnya yang kecewa. Untuk apa kecewa? Aku hanya membiarkan persoalan itu tidak terjawab.

****

SEKALI lagi aku mencarinya. Kali ni dia berada di dapur dan sedang membuat sesuatu. Aku hanya berdiam diri dan menarik kerusi duduk di bahagian dapur tersebut sambil menongkat dagu melihatnya.

Tak nampak muka tapi nampak belakangnya yang agak tinggi dan tegap sedang melakukan sesuatu. Dia menyedari kehadiranku tetapi tidak memberikan apa-apa reaksi dan masih meneruskan kerjanya. Kelihatan seperti dia sedang membuat air. Bau kopi panas membuatkan aku tersedar.

Selesai sahaja membuat kopi, dia meletakkan secawan kopi di atas meja dan menarik kerusi duduk di hadapanku. Cepat-cepat aku menarik secawan kopi tersebut dan menghirupnya.

"Thanks abang."

Dia yang pada mulanya ingin memarahiku terus bertukar riak muka.

"A..apa sayang cakap taadi? Abang tak dengarlah."

Berkerut dahinya cuba untuk menganalisis setiap perkataan yang keluar daripada mulutku.

"Thanks?"

"Bukann. Lagi satu."

"Abang?"

"Haa yang tu. Lagi sekali?"

Aku tersenyum sinis memandang ke arahnya. Dia hanya tersenyum sumbing sambil menongkat dagu memandangku.

"Sayangggg.."

Dia bangun dan duduk di sebelahku. Jarinya merayap-rayap ke tanganku membuatkan aku meremang. Kemudian bermain-main dengan rambutku. Dia melihatku tanpa henti sambil tangan sebelahnya menongkat dagu. Ya, cermin matanya masih tidak ditanggalkan.

Aku meletakkan cawan kopi di atas meja dan memandangnya. Aku mendekatkan bibirku ke telinganya untuk membisikkan sesuatu.

"I will never play innocent with you but I like to drive you crazy because of me."

Cepat-cepat aku beredar daripada meja tersebut dan berlari sepantas yang mungkin untuk masuk ke dalam bilik. Tetapi langkahnya lebih cepat daripadaku. Tidak sempat aku menaiki tangga, dia menggendongku.

"Heyy! Main tipu."

Aku memukul lembut badannya dan tergelak. Dia tidak memberikan apa-apa reaksi tetapi hanya fokus menatap wajahku.

"Well now, I am ultimately crazy with you. So may I take you to Dreamland my dear?"

Aku hanya tergelak dengan kata-katanya dan hanya mengangguk.

---
Terima kasih kepada yang setia membaca. Nak bagitau yang cerita ni lama lagi nak habis hehe. Semoga anda semua boleh tunggu lah ya.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now