Bab 39

3.3K 163 2
                                    

"SAYANG! Tak payahlah kerja harini. Jaga abang dekat rumah. Kaki abang ni belum baik lagi. Sayang punya kaki pun sama."

Aku membetulkan tudung di hadapan cermin tanpa mengendahkan kata-katanya.

"Sayang! Kalau abang boleh jalan. Sekarang juga abang dah hantar sayang pergi kerja. Sayanggg! Janganlah pergi kerja."

Selesai bersiap, aku duduk di atas katil sebelahnya.

"Sayang punya kaki dah okaylah. Mana boleh ponteng sesuka hati. Abang ingat sayang ni pelajar? Senang-senang nak skip kelas macam abang? Haa?" Sambil membebel aku mengangkat kening.

Uwais membuat muka merajuk. Dia membaringkan diri lalu menutup badannya dengan selimut.

"Alololo, merajuk eh? Aloo kesian sayang kita merajuk."

Aku menggosok-gosok lembut rambutnya.

"Sayang pergi dulu eh? Bye abanggg!!"

Aku memeluknya yang masih menyelimuti diri lalu bergerak keluar daripada bilik menuju ke dapur untuk mencari mummy.

"Morning mummy."

"Hani? Nak pergi mana dengan kaki macam tu?"

"Kerjalah mummy. Cuti sakit Hani dah habis. Kaki pun dah elok."

"Elok-elok pergi kerja."

Aku mengangguk.

"Mummy, Uwais dekat atas tu merajuk dengan Hani. Dia tak bagi Hani pergi kerja. Hani nak buat apa ni mummy?"

"Tak apa. Hani pergi kerja dulu. Nanti okay lah dia tu."

"Ada tak apa-apa yang dia suka? Hmmm makanan ke?"

Mummy menoleh ke kiri dan kanan lalu menyuruhku mendekatinya. Dia berbisik perlahan sebelum aku menyalaminya dan berlalu keluar untuk pergi ke tempat kerja.

Aku tersenyum kecil sambil membawa kereta. Merancang sesuatu untuk memujuk Uwais. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, Uwais selalu sangat merajuk. Macam merajuk tu jadi hobi nombor satu dia. Sensitif sangat.

--------

Aku mengerling jam di tangan. Sepuluh minit sudah berlalu tetapi tiada seorang pun yang hadir ke kelasku. Pelik bin ajaib. Rasanya aku sudah memaklumkan kepada semua mengenai kelasku harini.

Tiga puluh minit. Satu jam. Tiada. Kosong. Aku mengeluh berat. Aku membuat keputusan untuk bertanya mengenai kelasku di group WhatsApp. Beberapa minit kemudian mereka membalas mengatakan mereka tidak tahu dan ada yang terlupa.

Lambat-lambat aku melangkah keluar daripada kelas yang kosong. Perasaan yang membuak-buak hendak mengajar tadi sudah pudar. Tak sangka pula seorang pun tidak mengingati mengenai kelasku.

"Hani!"

Aku menoleh ke arah suara tersebut. Dia berlari mendekatiku

"Luq? Kenapa?"

Tercungap-cungap dia apabila berhenti di hadapanku. Aku hanya membuat muka hairan melihat perilakunya.

"Awak dah tengok ke?"

"Haa? Tengok apa?"

"Ni."

Dia menghulurkan telefon bimbitnya dengan lebih tepat menunjukkan gambar kepadaku.

"I..itu gambar saya dengan Uwais.."

Gambar sewaktu di kaki bukit haritu ditunjukkan kepadaku. Bukan itu sahaja. Luq menunjukkan gambar aku yang terjatuh di atas Uwais sewaktu di pantai haritu dan yang paling tragisnya gambar ketika Dani memelukku erat sewaktu hendak melindungiku. Terbeliak mataku melihat semua gambar-gambar tersebut.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now