"RAJA Uwais bin Raja Najmi!" jeritan yang bergema satu rumah membuatkan Uwais terkejut. Dia baru sahaja pulang, tiba-tiba dilayan dengan kasar oleh bapanya sendiri.
"Pergi mana semalam sampai tak balik rumah? Kamu ingat rumah ni macam hotel ke bila-bila masa nak check in, nak check out ikut suka hati kamu?"
"Uwais pergi jumpa kawan lama semalam. Lepastu tidur rumah dia." Muka Uwais tidak berperasaan. Dia sudah lali dengan suara bapanya yang lantang dan tegas sampaikan sudah tidak terkesan lagi kepadanya.
"Lelaki ke perempuan?" Sekali lagi soalan diajukan kepada Uwais. Ibunya yang duduk bersebelahan dengan Tan Sri Najmi juga berubah riak muka daripada penyayang menjadi garang.
"Lelaki lah daddy. Kalau perempuan dah lama dah Uwais kena pancung dengan daddy." Uwais hanya memandang ke arah lain dengan riak wajah yang tak bersalah. Menipu sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya.
"Kali ni kau memang betul-betul nak kena pancung dengan aku!" Tan Sri Najmi menghempas kertas-kertas yang berada di tangannya di atas meja.
Wajahnya teramatlah tegang sehingga menampakkan urat. Nasib baik Tan Sri Najmi tiada sakit jantung. Kalau ada dekat sini juga jatuh rebah bapa dia dibuatnya. Uwais terus mengambil kertas-kertas tersebut. Gambarnya bersama Betty semalam terpapar jelas di kertas tersebut. Tidak tahu siapa yang menghantar gambar tersebut tetapi sungguh dia rasa terkesan.
"Jadi daddy percaya dengan gambar ni? Daddy tak percaya dekat anak daddy sendiri?" Tan Sri Najmi hanya menunduk mengawal marahnya.
Tiba-tiba ibunya sendiri menyampuk.
"Mula-mula memanglah tak percaya sebab tak jelas sangat muka perempuan tu tapi mummy dapat satu video dekat whatsapp. Uwais nak tipu apa lagi dekat kita orang? Nak cakap tu semua kerja musuh-musuh Uwais? Mummy tak rasa Uwais ada musuh sedangkan bisnes pun Uwais tak pernah nak terlibat." Sungguh pedas kata-kata Puan Sri Ilya terhadap anaknya. Buat pertama kali Uwais mengalirkan air mata. Tak tahulah air mata betul ataupun dibuat-buat.
"Ya. Itu Uwais. Kenapa?"
"Kalau betullah ini Uwais yang mummy lahirkan, yang mummy jaga macam menatang minyak yang penuh. Mummy sangat kecewa. Setelah apa yang mummy dan daddy didik dan jaga Uwais. Ini yang Uwais berikan pada kami? Tak ada ke sekelumit sayang Uwais terhadap kami?" Datin Ilya meluahkan kata-katanya sambil teresak-esak. Raja tidak mampu meluahkan apa-apa. Tan Sri yang berjiwa kental pun sudah mengalirkan air mata.
"Patutlah belajar pun ke mana. Rupa-rupanya iman dan hati dah tak ada. Dah hitam. Mummy cuma nak cakap satu sahajalah. Walau berjaya macam mana pun Uwais, kejayaan itu hanyalah perhiasan yang Uwais akan banggakan tapi untuk bahagia. Itu tidak sama sekali." Puan Sri Ilya terus berlalu menaiki tangga masuk ke biliknya.
"Daddy bagi kamu satu peluang sahaja Uwais. Sama ada tetap jadi anak kami dan tinggalkan benda-benda haram tu ataupun keluar daripada hidup kami dan teruskan dengan kelalaian duniawi kamu tu." Dan Uwais memilih untuk..
Ego.
Dia tersenyum sinis dan mengesat air matanya.
"Apa daddy ingat Uwais tak boleh hidup sendiri ke? I'm twenty five years old now. I've my own life. Tak perlulah daddy dan mummy nak aturkan hidup Uwais sampai Uwais mati." Uwais terus berlalu keluar daripada rumah banglo dua tingkat tersebut. Jelas riak kecewa terlihat di wajah Tan Sri Najmi.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...