prologue

8.1K 537 92
                                    

"You got nothing to do with my life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You got nothing to do with my life. Mind your own business, bitch."
-Kim Taehyung

"Aku tahu aku bukanlah yang terbaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tahu aku bukanlah yang terbaik. Tapi, tolong. Aku ingin belajar mencintai kau."
-Do Hani

•••

Yang aku tahu, sekarang aku yakin aku sedang bermimpi. Mana mungkin aku dipertemukan dengan lelaki species syaitan ini.

Cukuplah di universiti aku sering bertembung dengannya dan sering dilibatkan dalam segala masalahnya. Dia tidak layak untuk mendapat sesuatu gelaran yang istimewa di dalam hidup aku.

"Nampaknya, keluarga kedua belah pihak sudah setuju. Jadi, bila tarikh yang sesuai untuk kita lancarkan majlis mereka berdua?"

Aku masih termenung. Membebankan minda aku tentang mimpi ngeri ini. Satu rasa pedih mula menular dari bahagian kaki aku apabila lelaki jahanam di hadapan aku ini memijak kaki aku dan aku mula sedar. Ini bukan mimpi. Tapi, realiti.

Dia memberi isyarat untuk aku mengatakan sesuatu tentng perbincangan ini. Aku tak tahu. Apa yang harus aku lakukan? Patutkah aku membantah? Aku rasa seperti tiada sebab yang munasabah untuk aku berbuat demikian.

"Tae rasa tak perlu kut sampai nak satukan Tae dengan Hani. Kan Hani? Kami berdua masih muda dan ingin menjalankan kehidupan bujang kami sebaiknya. Takkanlah dah kena fikir pasal kahwin?"

Tiba-tiba sahaja, Kim Taehyung, lelaki di hadapan aku ini bersuara, cuba membantah dengan cara paling 'sopan'.

Kedua Tuan dan Puan Kim terus berpaling ke arah anak lelakinya sebelum mereka jegilkan mata ke arahnya.

"Sayang. Ini demi kebaikan kamu sayang. Bukannya mummy tak nak kamu terus enjoy dengan kehidupan bujang kamu tapi mummy dengan daddy dah fikir masak-masak soal ini." Ujar Puan Kim sebelum diusap perlahan tangan Taehyung.

Taehtung merentap tangannya kdari terus diusap lembut oleh Puan Kim ditambah dengan pakej jelingan menyampah diberikan kepada mummynya.

'Kurang ajarnya.'

"No. Ingat Tae tak tahu apa yang mummy dengan daddy rancang? Takpalah. Teruskan. Memang Tae ni nampak macam boneka hidup pada mummy dengan daddy kan? Teruskan, teruskan. Tae dah malas nak membantah." Terus sahaja Taehyung bangun lalu meninggalkan meja makan di restoran itu dan keluar dari restiran itu dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

"Saya minta maaf ye, Tuan dengan Puan Do. Taehyung memang agak sensitif sikit. Tapi, actually dia suka je." Terus Puan Kim menerangkan kepada mama tentang perangai Taehyung.

'Mak dia ni pun satu. Aku cepuk kang. Biar tahu fakta yang anak dia tu memang tak nak kahwin dengan aku. Eh, aku pun tak naklah kahwin dengan lelaki durjana tu.'

"Takpa. Lagipun, saya tahu awak berdua buat ni demi Taehyung dan syarikat keluarga awak. Kami hanya membantu dengan membiarkan anak kami membantu Taehyung dan kami berdua membantu syarikat keluarga Kim." Senyuman mama membuatkan perasaan lega menerpa diri Tuan dan Puan Kim.

"Okay. Kalau macam tu, kita boleh mula bincang pasal majlis mereka dah lah ye?" Soal Puan Kim membuatkan mama mengangguk. Aku hanya tersenyum kelat.

Kepulan asap di sebalik dinding restoran yang mempunyai lorong gelap itu menarik perhatian aku. Aku keluar untuk mengambil angin segar kerana rasa rimas dengan perbincangan yang sungguhnya aku tidak alu-alukan itu.

Aku berjalan ke arah punca kepulan asap itu datang sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata. Liur ditelan kesat saat cahaya yang sedikit itu membantunya melihat gerangan itu.

"Apa kau buat dekat sini? Dah habis bincang?" Soalnya dengan suara yang serak basah itu. Aku menggeleng perlahan. Kemudian, dia membuang putung rokok di bibirnya ke atas jalan lalu kakinya memijak putung rokok itu.

Bau rokok menembusi rongga hidung aku membuatkan aku automatik menutup hidung aku. Ah, aku benci bau ini.

"Lama lagi ke? Aku nak balik." Soalnya lagi. Aku hanya pandangnya tanpa berkelip dengan pandangan tidak senang.

Dia memetik jarinya di hadapan aku membuatkan aku tersedar dari lamunan.

"Aku tahu aku kacak, tapi tak perlulah sampai terpegun macam tu sekali. Aku tanya ni, perempuan. Perbincangan tu lama lagi ke?" Soal Taehyung lagi sekali dan aku hanya mengangkat bahu. Dia menjeling malas ke arah aku.

"Blah. Aku nak hisap rokok lagi. Aku tahu kau tak tahan bau rokok." Ujarnya lalu dia mengeluarkan seputung rokok lagi dari kotaknya.

Aku menelan liur kesat sekali lagi lalu aku berpaling apabila kepulan asap mula memenuhi ruangan di antara aku dan Taehyung.

Ini menjadi salah satu sebab kenapa aku tidak boleh menerima lelaki ini. Dia merokok dan aku benci lelaki yang merokok.

Dia juga sering melakukan jenayah kecil mahupun besar. Tetapi, duit adalah segalanya di dunia zaman sekarang. Kerana itu jugalah, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke penjara.

Aku cuma mampu cakap yang aku bencikan dia. Lelaki yang penuh bermasalah dan sering melakukan kerja syaitan.

Bagi aku, dia...

Utusan dari neraka.

•••

How was it? Is it good for a beginning of this story?

Hope you guys sudi nak support this fanfiction too. Hehe. Enjoy reading.

Status: Completed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Status: Completed

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now