'Our love story may be complicated, but the wills inside us are smoothing the path.'
•••
Taehyung menggenggam tangan Hani yang masih terbaring di atas katil hospital. Sudah hampir dua hari juga dia tidur di wad Hani memandangkan Hani masih tidak menyedarkan diri.
Taehyung kemudiannya meregangkan badannya yang terasa sedikit lenguh.
"Eh, Taehyung. Kamu ada lagi kat sini?" Soal mama yang baru datang untuk melawat anak perempuannya itu.
Mama meletakkan bekas makanan di atas meja sisi katil Hani itu. Dia tahu sangat yang Taehyung memang tak akan balik selagi Hani tidak sedar. Kerja pun dia tak pergi. Makan apatah lagi.
"Erm. Mama bawa makanan lagi? Haih, ma. Kan Taehyung dah cakap tak payah. Taehyung boleh beli je." Ujar Taehyung mengeluh kecil melihat keprihatinan ibu mertuanya itu terhadapnya.
"Kamu tu kalau nak tunggu pergi beli, entah sampai dah kebuluran pun takkan keluar dari wad si Hani ni. Ingat mama tak tahu?" Soal mama sarkastik.
Taehyung hanya tersengih petak apabila dia perasan yang kata-kata mamanya itu semuanya benar belaka.
"Nah. Makan ni dulu kat sofa tu. Biar mama pula uruskan Hani." Arah mama lalu Taehyung hanya mengangguk akur sebelum menggapai bekas makanan yang dibawa oleh mama itu.
~
Taehyung menyelak buku yang berada di tangannya. Rasanya, sudah lama dia yidak mengisi masanya dengan membaca buku-buku fiction yang pernah dibelinya ketika dia masih di universiti dulu.
"Taehyung..." Panggilan dari seseorang menghentikan pembacaan Taehyung itu lalu dia menurunkan bukunya.
Kelihatan Hani menggenggam cadar katilnya kuat. Matanya masih bertutup menandakan yang dia sedang mengigau. Taehyung menggapai tangan Hani lalu digenggamnya erat.
"Yah, Hani. Bangun. Kenapa ni?" Taehyung mengusap wajah Hani perlahan dengan tangannya yang lagi satu. Dia kemudiannya mengurut bahu Hani, berharao agar Hani akan terjaga daripada tidurnya yang panjang itu.
Hani perlahan-lahan membuka matanya dengan air matanya yang sudah membasahi wajahnya. Dia terus memeluk tubuh Taehyung mbuatkan Taehyung terbongkok ke bawah.
"Saya takut, Tae. Saya takut..." Hani menangis teresak-esak manakala Taehyung hanya mampu mengusap kepala Hani perlahan bagi menenangkan isterinya itu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...