UDNS2 4

1.3K 182 34
                                    

Done double update! Jangan lupa baca chapter 3 ye?😜

•••

"Takdir tak pernah salah alamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Takdir tak pernah salah alamat."

•••

Hani menghempaskan tubuhnya ke atas katil hotel yang ditempah oleh ya bersama Chorong dan Jimin. Chorong dan Jimin tinggal di bilik lain manakala Hani hanya menempah bilik seorang diri.

Penat dirinya mengikuti langkah Chorong dan Jimin tadi. Pergi ke sana, ke sini. Seperti manusia jakun melihat pemandangan di Kanada.

Tiba-tiba, telefon milik Hani berdering. Hani tanpa berlengah terus menjawab panggilan tersebut.

"Hani!" Jerit Chorong di hujung talian. Hani terus menarik telefonnya daripada terus melekap di telinganya.

"Yah. Jangan jerit boleh tak?" Ujar Hani, geram. Chorong di hujung talian hanya tergelak kecil.

"Aku dengan Jimin nak keluar ni. Kau tak nak ikut ke?" Soal Chorong lalh Hani hanya mengeluh. Baru je sampai hotel dah nak keluar? Tak tahu penat ke diorang ni?

"Tak naklah. Aku penat ni. Pergilah korang, dating berdua. Aku tak nak jadi thirdwheeler." Balas Hani lalu Chorong hanya mengeluh manja sebelum dia memberitahu yang dia ingin keluar bersama Jimin.

Hani meletakkan kembali telefonnya di atas katil bersebelahan dengannya. Dia memandang siling bilik hotel itu lama sebelum dicapai kembali telefonnya.

Ditilik gambar paparan di lockscreen telefonnya. Dia menelan liurnya, cuba mengawal nafasnya. Matanya dipejam rapat melihat gambar Taehyung sedang tidur di lockscreennya.

Kemudian, esakan mula kedengaran, bergema di dalam bilik hotel itu. Bilik itu bagaikan diisi dengan kesedihan hatinya merindui suaminya itu. Bagai memahami keadaannya kini.

Hani menekup wajahnya lalu menangis dengan lebih kuat,. Dia sudah tidak mampu menahan dirinya daripada menangis lagi.

Dia tidak mampu menahan lagi beban rindu terhadap lelaki bernama Kim Taehyung itu.

"Kenapa, Taehyung? Kenapa? Memang layak gelaran utusan dari neraka dengan awak, Taehyung. Hati saya tak pernah tak sakit kalau bukan sebab awak. Awak jahat!"

~

Taehyung baru sahaja keluar dari bilik air biliknya. Dia ingin menggapai telefonnya yang baru menerima satu mesej itu.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now