Cubalah dengar lagu kat atas sambil baca. Sebab idae tulis part ni sambil dengar lagu tu. Grr.
Btw, jangan lupa baca Bab 27.
•••
'Love you only, princess.'
•••
Taehyung menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabatnya. Dia mengeluh berat.
Penat selepas mempunyai perjumpaan terkejut dengan klien yang sepatutnya diadakan lusa tetapi disebabkan mereka perlu pulang ke Jepun pada esok hari, terpaksalah dia adakan perjumpaan tersebut pada hari ini.
Bunyi deringan telefon mengejutkan dirinya lalu dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"A-apa?!"
"Jap. Aku balik!"
Taehyung bergegas bangkit dari tempatnya lalu dia menggapai kot kerjanya lalu berlari keluar dari pejabatnya.
Matanya sudah berair memikirkan keadaan isterinya yang dikhabarkan ditikam di perut.
"Argh! Cepatlah!" Dia menekan berkali-kali butang tutup bagi pintu lif terdebut, kalut.
Tiba di keretanya, dia memasuki perut kereta lalu memandu keluar dari kawasan syarikatnya.
Hatinya yang resah membuatkan suaranya tidak terkeluar. Mahu dia meraung tetapi dia tidak mampu.
"Shit." Dia memaki perlahan apabila jalan yang hendak dia lalui itu sekarang sedang sesak teruk.
Hampir sahaja dia menangis kerana terfikirkan isterinya yang mungkin sudah tiba di hospital.
Air matanya tak lama kemudian mengalir perlahan menuruni pipinya.
"Kenapa banyak sangat dugaan yang perlu Hani hadapi sebab aku? Kenapa bukan aku? Dia tidak layak untuk menderita sebegini. Tolonglah, Tuhan."
Daripada hanya 15 minit sahaja perjalan, hampir sejam juga dia mengambil masa untuk tiba di hospital yang berdekatan dengan rumahnya melepasi jalan yang sesak teruk itu.
"Tuan muda!" Panggil seseorang membuatakn Taehyung yang baru sahaja ingin bertanyakan kepada kaunter tentang keberadaan isterinya terus berpaling melihat ke arah gerangan yang memanggilnya itu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...