"Dendam datang dalam pelbagai cara. Kerana itu, mereka kata, jangan sesekali kita melakukan perkara yang menguntungkan kita namun memudaratkan orang lain."
•••
Taehyung memegang pistol di belakang seluar jeansnya sebelum dia memasuki gudang usang tersebut.
Dia sudah menyuruh Chorong dan Jimin untuk masuk dari pintu belakang bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh Chorong dan Jimin memandangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kemahiran mempertahankan diri sepertinya.
Dia melekapkan belakang tubuhnya tepat pada dinding yang berdekatan dengan bilik misteri yang pernah dijejakinya itu dulu.
Pandangan terus dipalingkan ke arah satu bunyi yang sempat ditangkap olehnya. Dia mengerutkan dahinya sebelum dia mula perlahan-lahan berjalan secara senyap ke arah bunyi yang didengarinya itu.
Langkah kini membawa dirinya ke sebuah pintu. Dia membuka pintu tersebut dengan perlahan, takut jika itu akan menghasilkan sebarang bunyi.
"Jalan bawah tanah?"
Taehyung berbisik pada dirinya saat pandangannya disapa oleh tangga untuk ke bahagian bawah tanah. Sebelum ini, dia tidak pula menjumpai pintu ini.
Dia hanya mengangkat bahunya sebelum dia berjalan masuk untuk ke bahagian bawah tanah.
Sebelum dia menutup pintu tersebut, dia terlebih dahulu melihat sekeliling. Chorong dan Jimin masih tidak kelihatan. Dia menelan liurnya apabila dia rasa tidak sedap hati dengan ketiadaan dua orang itu di pandangan matanya.
Dia cuba membuang perasaan tak sedap hati itu sebelum dia mula menutup pintu tersebut lalu berjalan ke bawah mengikuti tangga itu.
Kegelapan yang mengisi ruangan menyukarkan dia untuk melihat sekeliling. Dia menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluarnya lalu dia aktifkan lampu suluh dari telefon pintarnya itu.
Langkahnya terhenti saat dia terpijak dengan sesuatu yang seperti bukanlah lantai di bahagian bawah tanah itu. Rasanya seperti...
Lampu suluh dari telefon pintarnya disuluhkan ke arah kakinya membuatkan matanya terbuntang.
Rantai?
~
"Cepatlah, sayang. Buat apa lagi dekat belakang tu?" Chorong memanggil Jimin secara berbisik membuatkan Jimin mula kalut berlari anak ke arah Chorong.
Chorong menunjukkan isyarat untuk senyap kepada Jimin lalu Jimin hanya mengangguk. Chorong mula memulas perlahan tombol pintu bahagian belakang gudang tersebut.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...