Bab Tiga Belas

2.8K 338 36
                                    

Double update?

•••

'The darkest sky would always be filled by the brightest star. The worst day would always be filled by the greatest people'

•••

Taehyung menjatuhkan kepalanya ke atas stereng kereta miliknya itu. Otaknya sangat serabut sekarang. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah malah tidak pernah terdetik ingin memohon borong penceraian di mahkamah.

Rasanya, dia sudah tidak boleh berfikiran waras sekarang. Mungkin tak lama lagi, dia akan bunuh diri.

"Erm. Hello." Taehyung menjawab panggilan telefonnya sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi deringan telefonnya yang menandakan ada panggilan masuk buatnya.

"Erm, nantilah. Aku busy." Jawabnya mendatar terhadap si pemanggil.

"Ish. Aku kata aku busy. Kau faham tak? Kau ni memang dahagakan badan aku sangat ke?"

Dia terus mematikan panggilan sebelum dilemparkan telefonnya ke tempat duduk penumpang bahagian belakang keretanya.

"Aish." Dia merengus geram kerana keserabutan di mindanya bertambah seusai menjawab telefon sebentar tadi.

Sekali lagi, telefonnya berdering deras. Dia merengus lagi, geram sebelum dia pusingkan tubuhnya untuk mengambil telefonnya lalu dia menjawab panggilan tersebut.

"Kau tak faham bahasa ke?! Aku kata aku busy tu, aku busylah."

"T-taehyung..."

Hampir terhenti detakan jantung Taehyung mendengar suara Hani di hujung talian.

"T-takpalah. A-awak busy kan? Saya le-"

"Eh, no, no, no. Tak, a-aku tak busy. Kenapa ni?"

"S-saya- argh!" Sebaik sahaja Taehyung mendengar suara Hani seperti mengerang kesakitan, dia mula gelabah.

"Hei, hei. Kenapa ni? Jangan main-main boleh tak? Hani. Do Hani!"

Panggilannya tidak bersahut walaupun panggilan masih tidak diputuskan oleh mereka masing-masing. Taehyung gelisah lalu dia terus menghidupkan enjin keretanya sebelum keluar dari kawasan parkir di syarikatnya untuk ke rumahnya bersama Hani.

~

"Hani! Do Hani!" Taehyung mula menjerit memanggil Hani yang kelihatannya tiada di tingkat bawah.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now