Bab Empat

3.1K 380 52
                                    

"You never try to treat me better but, I wonder

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You never try to treat me better but, I wonder. Why did I feel like I love you more day by day?"

•••

Aku mencelikkan mata aku, cuba membukanya dengan susah payah. Erangan terlepas dari dua ulas bibir aku membuatkan diri aku rasa ada pergerakkan pada katil yang sedang aku baring itu.

"Kau dah bangun?" Suaranya yang serak basah membuatkan jantung aku berdegup seperti baru sahaja berlari marathon 5km. Aku menelan liur perit apabila kejadian semalam mula mengulang tayang di minda aku.

"Kau okay? Kau nampak...pucat." Soalnya kepaa aku. Aku menggeleng kepala sebelum bangkit lalu terus mengorak langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aku masih tidak boleh lupakan peristiwa semalam. Di mana, aku menangis sakit buat pertama kali disebabkan olehnya.

Taehyung keluar dari rumah seperti biasa untuk bertolak pergi kerja. Walaupun hatinya tidak sedap harini, tetapi, dia cuba membuang perasaan itu jauh-jauh.

Tiba-tiba, telefon Taehyung berdering menandakan ada panggilan masuk, meminta untuk disambungkan kepadanya. Dia memasang airpods miliknya pada telinga kanannya sebelum dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil memandangkan dia sedang memandu.

"Hello." Suaranya menegur si pemanggil di hujung talian.

"Aish, menyusahkan. Okay, okay. Jap. Aku dalam perjalanan ke pejabat. Kau suruh diorang tunggu aku datang pejabat. Thanks bagitau. Bye." Terus dia matikan panggilan sebelum pedal minyak ditekan hebat olehnya menuju ke bangunan pejabat syarikat keluarganya.

Taehyung bergegas ke arah pejabatnya lalu dia membuka pintu pejabatnya itu. Terpampanglah wajah-wajah orang tuanya itu di dalam pejabatnya.

Dia menutup pintu pejabatnya sebelum berdehem perlahan.

"Kenapa datang?"

"Datang nak jumpa anak sendiri pun tak boleh?" Sarkasik dadaynya melontarkan balasan kepada soalan Taehyung sebentar tadi.

Taehyung berdecit kecil sebelum dia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi pejabatnya. Dia tidak ada sedikit pun rasa ingin memandang wajah kedua orang tuanya itu.

"Macam mana setakat ni? Okay tak?" Soal Puan Kim kepada anak lelaki tunggalnya itu. Taehyung sedang mengeluarkan Macbook Air miliknya dari beg kerja yang dibawanya tadi.

"Okay apa?" Soalnya kembali.

"Perkahwinan kamulah. Hani tu macam mana? Okay ke tak?" Soal Puan Kim kembali dengan sedikit penerangan supaya Taehyung memahami persoalannya.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now