UDNS2 17

1.3K 176 10
                                    

"A little white lie will always lead to thousands heartbreak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A little white lie will always lead to thousands heartbreak."

•••

"Siapa tu, Tae?" Maria bertanya kepada Taehyung lalu matanya melekap pada pagar besar di hadapan rumahnya itu.

"Manalah aku tahu. Jomlah tengok." Taehyung mengajak lalu mereka terus membuka pagar kecil di bahagian kiri pagar utama itu.

"Tak ada siapa pun?" Maria berkata perlahan. Taehyung juga pelik kerana dia dengan jelas mendengar jeritan kecil seorang wanita.

"Takpalah. Kita masuk jelah dulu." Ajak Taehyung lalu Maria hanya akur.

Maria menjenguk kembali kepalanya keluar pagar kerana masih tertanya-tanya tentang suara tadi manakala Tarhyung sudah menanggalkan kasutnya dan diletakkan di almari kasut sebelum memasuki rumah tersebut.

Maria mengangkat bahunya lalu dia menutup pagar tersebut dan mengekori Taehyung.

~

Hani jatuh terduduk di atas jalan tar itu sebaik sahaja dia mendengar bunyi pintu utama rumah tersebut ditutup. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding tembok bahagian kiri rumah agam itu dengan nafas yang tidak teratur.

Nasib sahaja dia sempat bangkit lalu berlari ke kanan rumah tersebut di mana terdapat sebuah lorong kecil untuk ke belakang rumah memandang rumah tersebut berada di hujung taman perumahan elit itu.

Hani memejamkan matanya rapat lalu dia mengeluh berat. Lega rasanya dapat mengelakkan dirinya daripada terkantoi namun badannya terasa sakit akibat sadungan tadi.

Tak lama kemudian, dia mual ingin bangkit dari duduknya lalu ingin berjalan ke jalan besar berdekatan untuk mendapatkan teksi yang akan membawanya pulang ke hotel penginapannya.

Namun, baru sahaja dia bangkit dari duduknya, mulutnya tiba-tiba ditekap dari belakang. Dapat dia rasanya clorofin telah diserap oleh kain yang ditekap di mulutnya membuatkan pandangannya mula berpusing.

Akhirnya, dia tumbang di dalam dakapannya gerangan yang menekap mulutnya itu.

Tubuhnya kini dibawa melalui lorong kecil itu di mana sebuah van hitam diparkir di belakang rumah agam itu. Hani dimasukkan ke dalam van tersebut lalu van tersebut mula dipandu meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

~

Taehyung menggapai telefon pintarnya dengan mata yang masih kuyu saat telefonnya itu berdering menandakan ada panggilan masuk buatnya.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now