Hai, gais. Rindu Idae tak?😈
•••
"Mereka tahu mereka tidak akan dapatinya namun kerana sifat hasad dengki, mereka tumbang."
•••
Taehyung duduk di birai katilnya, cuba mengimbas kembali apa yang berlaku di gudang usang itu tadi.
Dia hilang kata-kata. Tidak tahu mahu mendesripsikan perasaannya itu.
Tubuhnya tidak lagi berhenti menggeletar sejak dia pulang dari gudang usang tersebut. Dia masih cuba untuk menyusun kepingan-kepingan gambaran yang berlegar di mindanya.
Apa kaitan dirinya dengan Hani? Adakah masa silam menarik mereka bertemu dengan musuh yang sama?
Dan...persoalannya sekarang. Siapakah musuh mereka itu?
~
Hani menguap kecil sebelum matanya dilekapkan pada sesusuk tubuh yang baru sahaja memasuki kedai runcit 24 jam itu.
Bahunya tiba-tiba dilanggar dari belakang lalu membuatkan tubuhnya jatuh menyembah bumi. Dia terus mengangkat wajahnya lalu dia kesan, tiada siapa yang berada di sekelilingnya.
"Shit." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya lalu dia mwmbantu diri sendiri untuk bangkit. Rasa sakit di bahagian bawah pusatnya membuatnya tubuhnya sukar untuk berdiri dengan tbetul.
Dia mengurut kecil bahagian yang sakit itu sebelum matanya menangkap sesuatu di atas lantai.
Hani mengerutkan dahinya, pelik lalu dia mengutip kotak di atas lantai itu sebaik sahaja rasa sakitnya berkurang.
To: Dear HaniBee
"Untuk aku?"
~
Taehyung mengambil minuman kegemarannya. Dia memang kimi tidak boleh tinggalkan minuman tersebut memandangkan itu sahaja yang mampu mengubat rindunya terhadap isterinya.
"How much is this?" Soal Taehyung lalu terus membayar minuman tersebut sebaik sahaja dimaklumkan tentang harga miniman tersebut.
Baru sahaja tangan Taehyung ingin menolak pintu kaca kedai tersebut, namanya tiba-tiba dipanggil dari belakang.
"Yah, Kim Taehyung."
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...