Jangan lupa baca chapter 8 ye😆
•••
"Kau akan sentiasa menjadi yang pertama dan terakhir buat aku. Selamanya."
•••
"Weyh, lama tak jumpa. Kau macam mana sekarang? Sihat?" Soalan Soobin kepada Hani, kawan rapatnya tika di universiti.
"Sihat je. Macam tu jelah. Erm, mana Yeonjun?" Soal Hani kepada Soobin membuatkan Soobin menggosok belakang lehernya perlahan, janggal.
"Erm, entahlah. Dia makin jarang balik rumah sekarang. Jadi, hubungan aku pun dah makin renggang dengan dia. Dah tak macam dulu. Haha." Terang Soobin lalu Hani hanya mengangguk perlahan.
"Alah. Takpalah. Tak perlulah risau. Air yang dicincang tidak akan putus. Nanti korang mesti rapat balik macam dulu." Ujar Hani membuatkan Soobin tersenyum nipis lalu mengangguk.
"Erm. By the way, Hani. Aku kena pergi dah ni. Nanti bila-bila kita jumpa lagi ye? Erm, bye." Soobin tanpa menunggu balasan Hani terus berjalan pergi meninggalkan Hani.
"Ouh. Bye..."
~
Taehyung meneliti setiap artikel yang dipaparkan di skrin telefonnya. Dia kemidian tersenyum sambil mengangguk sendiri melihat di sebuah laman web.
Terus dia keluar dari biliknya memandangkan Puan Lee tadi sudah memanggilnya keluar untuk menjamu selera untuk makan tengah hari.
Taehyung duduk di hadapan Maria yang juag baru melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan tempat Taehyung itu.
Taehyung hanya tersenyum lembut ke arah Maria manakala Maria sudah menelan liurnya kelat. Dia membalas dengan senyuman paksa.
Entah kenapa. Dia rasa tidak selesa dengan keadaannya kini dengan Taehyung. Sejak kebelakangan ini, memang dia rasa ingin menghindarkan diri daripada Taehyung sahaja.
Rasa pelik sering menjengah dirinya saat matanya menangkap kelibat Taehyung.
"Makanlah, Maria Lee. Termenung apa lagi?" Ujar Puan Lee menyedarkan Maria daripada lamunannya membuatkan Mariagelabah mengangguk lalu mjla menjamu selera.
Taehyung tergelak kecil melihat gelagat Maria membuatkan jantung Maria kini seperti ingin terkeluar.
"Apahal dengan kau ni, Maria Lee? Jangan kata kau... TAK!!"
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...