Jangan lupa baca chapter first ye😝
•••
"Kebahagiaan selalu tiba selepas sebuah pengorbanan."
•••
Taehyung membuka matanya yang terasa amat berat itu. Dia mengerang sakit lalu memegang kepalanya dan matanya terbuntang apabila merasa kepalanya berbalut.
"Aduh. Apa pula ni?" Soal Taehyung perlahan kepada dirinya. Dia menolak dirinya untuk membantu tubuhnya bangkit dari perbaringan.
Dia duduk bersandar pada kwpala katilnya sebelum mengeluh perlahan.
Bunyi pintu wad itu dibuka membuatkan matanya beralih ke arah gerangan yang berada di muka pintu.
"Eh? Dah bangun?" Soal wanita itu yang kini datang berjalan ke arah katil Taehyung lalu meletakkan beg tangannya di atas meja bersebelahan dengan katil itu.
"Kau siapa? Kenapa aku ada dekat sini? Apa dah jadi dengan aku?" Soal Taehyung bertubi-tubi.
"Wow, wow. Sabar, Encik Taehyung. Biar aku ceritakan dulu apa yang terjadi." Wanita itu mula membalas.
"Taehyung? Nama aku ke tu?" Soal Taehyung tiba-tiba membuatkan wanita itu tercengang.
"K-kau tak ingat?" Soal wanita itu tersekat-sekat. Taehyung hanya diam tidak memberi apa-apa reaksi.
"Haih. Okaylah, fine. Nama kau Kim Taehyung. Kalau tak percaya, kau boleh tengok dompet kau. Ada kad pengenalan kau dengan barang-barang kau yang lain." Terang wanita itu kepada Taehyung.
Taehyung menggapai dompet yang disebut oleh wanita itu lalu meneliti kandungannya. Ya, terdapat kad pengenalan juga kad-kad yang lain miliknya serta beberapa not wang Korea dan Kanada.
"Jadi, ceritanya sekarang ni, kau berlari tiba-tiba ke tengah jalan raya macam orang tak ada hala tuju. Aku pula bawa kereta laju masa tu, jadi, aku terlanggar kau dan kau akhirnya berada di sini. Tamat." Wanita itu menerangkan kisah-kisah bagaimana Taehyung boleh berakhir di hospital secara ringkas.
"Ouh." Itu sahaja balasan Taehyung ke atas penerangan wanita itu. Wanita itu mengeluh perlahan.
"Dahlah. Aku datang nak tengok keadaan kau je. Lepas ni, akan ada doktor datang nak buat pemeriksaan atas kau. Kau rehat dulu. Aku nak pergi dah ni. Ada hal nak kena urus." Ujar wanita itu sebelum bangkit dari kerusi di sebelah katil Taehyung.
"Hm. Okay."
~
"Alright, Mr Kim. I am done with the check-ups. You may rest and if you want some help, just press the red button on the top of the bed. Excuse me."
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...