Bab Dua Puluh Tujuh

1.7K 200 17
                                    

"Love all, trust a few, do wrong to none

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Love all, trust a few, do wrong to none."

•••

Minah membetulkan penutup mukanya supaya duduk terletak dengan betul di wajahnya. Dia tidak mahu waktu kini dia ditangkap dan dia tidak mahu ditangkap memandang salah hanya ditujukan kepada dirinya saja.

Topi juga dibetulkan di atas kepalanya bagi menutup separuh daripada mukanya supaya tiada orang yang perasan akan kehadirannya di pasar raya itu memandangkan dia sedang menjadi buruan polis.

Minah mengambil beberapa snek yang boleh buat dia alas perutnya yang lapar. Juga tidak dilupakan dengan ramyeon.

Seusai membyara, dia berjalan keluar dari pasar raya tersebut lalu menghembuskan nafasnya lega. Lega apabila tiada sesiapa yang mengecam dirinya.

Dia mula memasuki petut keretanya lalu memandu ke rumah seseorang. Tak lain dan tak bukan, rumah Park Kibong, teman lelakinya merangkap bapa kepada anka yabg dikandungkannya itu.

Ya, dia menipu. Semua demi apa? Duit.

Dia menekan loceng apartment teman lelakinya itu berkali-kali tetapi tiada siapa yang membuka pintu tersebut. Dia juga ada cuba menelefon teman lelakinya tetapi panggilannya terus dismabhngkan ke peti suara, bermaksud, teman lelakinya mematikan telefonnya.

"Eh, itu dia!"

Minah terus memandang ke arag jeritan tersebut di mana dapat dia lihat beberapa orang anggota polis datang meluru ke arahnya.

Dia membuntangkan matanya lalu terus berlari menyelamatkan diri. Dia berlari selaju yang mungkin menuruni tangga lalu dia menyorok di aalah satu bilik yang dinamakan bilik kecemasan api.

Nafasnya naik turun, tidak stabil kerana berlari tadi. Dia mengemam bibirnya supaya dia tidak mengeluarkan bunyi apabila anggota polis yang mengejarnya itu sudah berlari melepasi bilik itu.

Dia terus menghembuskan nafas lega lalu dia terduduk di situ memeluk lututnya. Nyaris-nyaris sahaja dia ditangkap.

"Takkan Kibong tinggalkan aku?" Soal Minah perlahan sebelum dia mengeluh lalu tak lama kemudian, dia keluar dari bilik itu untuk pulang ke rumahnya.

Saat dia tiba di hadapan rumah teres satu tingkat miliknya itu, terus dia menyorokkan diri saat matanya terlihat beberapa lagi anggota polis menjaga di sekeliling kawasan rumahnya

Dia memaki hamun tentang perkara ini lalu perlahan-lahan memasuki keretanya kembali sebelum memandu keluar dari kawasan rumahnya.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now