"Ada sebab mengapa Tuhan takdirkan kita untuk berada di sini."
•••
Hani keluar dari bilik air lalu dipandang cermin meja soleknya yang memaparkan refleksi dirinya itu.
Dia mengusap perutnya yang masih leper, tidak menunjukkan baby bump miliknya memandangkan kandungannya masih lagi muda.
"Mama janji mama akan cari papa sampai jumpa. Kamu tak layak hidup tanpa seorang papa, sayang. Kamu layak dapat kasih sayang mama dan papa."
~
Hani menyisip sedikit kopi miliknya sebelum matanya membuntang apabila kasutnya dibasahi dengan jus buah yang ditumpahkan oleh seorang gadis berpakaian sekolah menengah.
"What the..."
"Maaf, kak. Saya minta maaf sangat-sangat." Gadis itu menundukkan tubuhnya berkali-kali.
"Eee. Kau tahu tak berapa harga kasut ni?!" Hani menjerkah gadis itu kuat. Dia baru sahaja ingin menampar budak itu tetapi tangannya dihalang oleh seseorang.
Kelihatan Chorong sedang menahan tangan Hani daripada mengenai wajah polos gadis itu. Gadis itu pula sudah menggeletar ketakutan.
"Yah, Hani. Sabar." Ujar Chorong kepada Hani yang kelihatan ingin meletus itu.
"Awak boleh pergi." Kata Chorong pula kepada gadis itu.
"Lain kali, tolong tengok depan pakai mata, jangan pakai lutut." Sinis sahaja Hani melemparkan kata-katanya kepada gadis itu.
Gadis itu mengangguk laju dengan ketakutan sebelum beredar dari situ.
Chorong mengeluh perlahan sambil melepaskan tangan Hani.Mereka berdua duduk di kerusi lalu Chorong hanya memandang ke arah Hani yang masih merengus geram kerana kasutnya yang kini sudah kotor.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak naik angin. Tak pernah-pernah aku tengok kau jadi tak sabar macam ni." Ujar Chorong kepada Hani.
"Kau ni. Tahu tak kasut ni Taehyung belikan dekat aku sebelum dia pergi Kanada. Mana aku tak marah?" Balas Hani dan kemudian mukanya mula mengeruh apabila mengingatkan tentang suaminya yang kini tidak tahu jejaknya di mana.
"Alahai. Tapi kau tak patut ada niat lempang budak tu tadi. Kasihan dia. Dia pun bukannya sengaja nak tumpahkan air tu." Ujar Chorong perlahan lalu Hani hanya diam tak membalas.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfic[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...