"Dilupakan mungkin menjadi perkara yang paling menyakitkan. Namun, pernahkah kau terfikir, benarkah aku sudah lupakan kau?"
•••
Taehyung mengetuk pintu bilik Maria beberapa kali sehingga pintu bilik wanita itu dibuka luas.
"Erm. Nak apa?" Maria menghosok matanya, masih dalam kantuknya memandangkan Taehyung datang ke biliknya saat dia sudah tertidur.
"Hehe. Nak minta tolong boleh?" Soal Taehyung bersama sengihan kecil.
"Ahh. Esoklah. Kenapa nak malam ni juga. Aku mengantuk ni." Rungut Maria perlahan. Taehyung mencebik lalu menggeleng.
"Tak nak. Urgent ni. Nak malam ni juga. Bolehlah, Maria. Tolong aku?" Taehyung mengerdipkan matanya berkali-kali, berharap Maria akan setuju.
"Ish, rimaslah kau ni. Kerja memaksa. Ha, nak aku tolong apa?"
"Tolong bagi balik hati aku yang kau curi." Taehyung berbisik di telinga Maria, bergurau.
Maria daripada matanya yang hampir tertutup itu sudah terbuka luas mendengarkan kata-kata Taehyung itu. Hampir luruh jantungnya mendengar kata-kata Taehyung itu.
Biar benar ini?
"Haha. Jangan kata kau percaya? Bodohlah kau ni. Kelakar gila muka kau tadi." Taehyung terus-terusan menertawakan Maria yang terkedu itu.
Maria mengetap giginya geram. Rasa nak hemouk pun ada kepala manusia di hadapannya itu.
"Ish. Meluatlah aku dengan kau. Dahlah, aku nak masuk tidur ba- Yah!"
Maria terus menjerit saat tubuhnya yang baru sahaja dipaling untuk masuk ke dalam bilik itu ditarik berpaling semula menghadap wajah manusia yang paling meminta-minta penamparnya naik ke wajah polos itu.
"Okay, okay. Serius." Ujar Taehyung dengan wajah yang baru berubah serius.
"Apa?"
"Masakkan untuk aku? Lapar." Taehyung berkata membuatkan bahunya mendapat satu tamparan padu daripada Maria.
"Ark. Tolonglah. Aku lapar. Sangat-sangat ni. Nak makan tapi tak tahu masak."
Maria memandang Taehyung yang sedang mencebik, sedih itu.
"Eee. Yelah, yelah. Nasib comel-" Maria terus menekup mulutnya saat dia perasan kata-kata yang dilontarkan olehnya itu. Mukanya muka berona merah, malu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...