UDNS2 13

1.2K 180 20
                                    

"Sanggup aku digelar kejam jika kekejaman itu dapat menyelamatkan kau daripada terus terlibat dalam masalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sanggup aku digelar kejam jika kekejaman itu dapat menyelamatkan kau daripada terus terlibat dalam masalah."

•••

Taehyung menilik jam di tangannya. Dia seperti sudah terlambat untuk ke kelas karatenya. Semuanya kerana dia terbangun lambat hari ini.

Dia baru keluar dari perut kereta lalu dia mengunci keretanya. Terus dia berpaling menghadap lot studio yang sentiasa menjadi tempat kelasnya diadakan.

"Yah! Benda dah lama dah kut. Janganlah ungkit!"

Suara seseorang berbahasa Korea yang mengetuk gegendang telinganya itu mbuatkan mata Taehyung terus tertumpu kepada sepasang lelaki dan perempuan yang baru melalui studio itu.

Matanya terus terbuntang saat dia melihat dengan jelas siapakah yang sedang dia lihat itu.

~

"Y-yeonjun." Tegur Hani saat dia menarik lengan lelaki itu membuatkan lelaki itu dengan pantas tetus berpaling memandang ke arah Hani.

Yeonjun bagaikan terkedu saat dia jelas melihat wanita di hadapannya adalah wanita yang dia kenali dulu iaitu Do Hani.

"Madam Hani Do?"

Panggilan daripada seorang jururawat bertugas mengejutkan Hani lalu Hani memandang Yeonjun dan terus berjalan pergi untuk memasuki bilik doktor.

Seusai pemeriksaan Hani terhadap kandungannya selesai, dia keluar dari bilik doktor itu dan tidak mebyangka Yeonjun sedang menunggunya di ruangan menunggu berhadapan dengan bilik tersebut.

Dia terus tersenyum lalu menuju ke arah Yeonjun dan menegurnya yang sedang bermain dengan telefon pintarnya.

"Ouh. Dah habis?" Soal Yeonjun kepada Hani lalu Hani hanya mengangguk laju.

"Erm. Jomlah minum dulu. My treat." Ajak Yeonjun dan Hani akur.

Mereka kini berada di dalam sebuah cafe yang erdekatan dengan hospital tadi. Yeonjun terus duduk di meja yang dipilih oleh Hani seusai memesan air buat dirinya dan Hani.

"Jadi, apa kau buat dekat sini?"

Hani agak terkesan dengan panggilan Yeonjun yang berubah daripada saya-awak yang pernah diguna oleh mereka dulu kepada aku-kau.

"Err. Ada hal nak kena settle kat sini." Jawab Hani, janggal. Yeonjun hanya mengangguk perlahan.

"A-awak pula?" Soal Hani kepada Yeonjun, tidak mengubah panggilannya terhadap Yeonjun kerana tidak selesa dengan panggilan aku-kau itu.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now