Sorry gais. Saya terlalu banyak idea. Jadi, saya publish part ni. Grr😂
•••
'To be loved would be very lovely, but insecurity always makes me feel like i don't deserve anyone's loves'
•••
Taehyung meneguk lagi gelas yang berisi minuman alkohol itu. Dia mengelap bibirnya yang bersisa air beralkohol itu dengan belakang tangannya.
Kadang-kadang, dia menangis secara tiba-tiba. Kadang-kadang pula, dia tergelak. Orang di sekeliling tidak dia hiraukan malah dia mengeluarkan tangisan serta gelakan dengan cukup kuat sehingga mengganggu ketenteraman manusia-manusia yang juga datang ke bar itu.
"Bodohnya aku! Dasar Kim Taehyung bodoh! Bodoh tak boleh bawa bincang! Dasar bodoh!"
Itulah yang berulang kali dikeluarkan daripada mulut seorang lelaki bernama Kim Taehyung. Pekerja di bar itu juga tidak berani untuk menegur mahupun menghalau lelaki itu kerana dia tahu lelaki ini sangat berkuasa.
Jadi, dia hanya biarkan dan hanya pasrah jika ada beberapa pelanggan yang keluar kerana tidak tenang berada di bar itu.
~
"Kim Taehyung!"
Ppang!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus milik Taehyung. Tuan Kim mandang Taehyung dengan muka yang merah menahan amarah.
"Mind to explain?! What the hell is going on, Kim Taehyung?!" Tuan Kim menghempaskan beberapa keping surat khabar di atas meja kerja milik Taehyung.
Taehyung hanya beriak selamba. Dia kisah apa pasal semua ini?
"They already explained those to me. Why not you read it and understand the situation?"
Dengan selambanya, dia menjawab persoalan daddynya. Tuan Kim sudah naik angin. Dia cuba bersabar dengan sikap Taehyung tapi ini sudah melampau sehingga memberi impak yang besar kepada jualan produk syarikat mereka.
"Apa yang kamu dah buat sampai kamu mabuk teruk dekat bar tu?! Yang kamu pergi tumbuk pelayan bar tu dah kenapa?! Syarikat dapat impak yang besar tau tak dengan tindakan bodoh kamu tu?!"
Tengking Tuan Kim, hilang sabar dengan sikap sambalewa Taehyung. Taehyung hanya menggulingkan biji matanya. Meluat.
Kalau boleh, tentang dia pakai seluar dalam warna apa pun nak diviralkan ke seluruh bumi Korea Selatan itu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfic[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...