Last update before final exam maybe? I will face my sem 1 final examination 14/10 ni. So, I hope korang dapat bersabar untuk tunggu update.
After exam, insyaAllah Idae akan mula aktif kembali. Hehe.
Wish me luck guys😍
~
'I feel nothing. Neither sad nor happy. I'm nothing. So, please leave me alone.'
•••
Hani cuba untuk mencelikkan matanya yang terasa seakan teramat berat. Dia memejamkan kembali matanya apabila cahaya yang terang menusuk masuk dengan pantas ke dalam kornea matanya.
"Ark." Dia menyerang pedih lagi di bahagian perut bawah pusatnya. Sejak beberapa minggu ni, dia sering raa sakit di bahagian tersebut tanpa mengetahui faktornya.
Dia mencelikkan mata semula apabila dia baru terasa seperti tangannya digenggam oleh seseorang lalu dia melihat ke arah tangan kirinya.
"T-taehyung?" Taehyung masih lena dibuai mimpi sambil tangannya erat menggenggam tangan Hani.
Hani menelan liur kesat apabila teringat yang semalam dia menelefon Taehyung dahulu untuk memberitahu rasa sakitnya memandangkan sebelum ini, dia sudah menetapkan nombor telefon Taehyung sebagai 'speed dial' menggunakan nombor 1.
Ah, dia rindu dengan bau maskulin yang dimiliki oleh jejaka ini. Amat menenangkan mindanya. Seperti dadah yang dapat menghilangkan masalah dari terus menyerabutkan mindanya.
Ketagih.
Tak berapa lama kemudian, sakit mula menyerang kembali sehingga membuatkan Hani menggenggam tangan Taehyung dengan eratnya seperti tidak mahu membiarkan darah mengalir ke kawasan tangan lelaki itu.
"Ah, ah, ah. Sakitlah, Hani. Kenapa ni?" Habis terjaga Taehyung daripada lenanya akibat tangannya yang digenggam sekuat hati oleh Hani itu.
"S-sakit..." Balas Hani lalu dia menitiskan air mata sambil mengerang kesakitan. Badannya dikecilkan membuatkan dagunya hampir mengenai lututnya sambil tangannya masih tidak lepas dari tangan Taehyung.
Taehyung mula gelabah lalu dia dengan pantas menekan butang merah di hujung kepala katil yang diduduki oleh Hani itu.
"Sabar ye. Nanti doktor datang rawat kau. Aku harap kau dapat tahan . Kejap je." Taehyung menggenggam tangan Hani lebih erat. Dia harap dengan itu dapat memberi semangat kepada isterinya itu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...