UDNS2 5

1.3K 187 27
                                    

"Setiap langkah kau, akan aku ikuti dan tidak akan aku tinggalkan kau sendiri lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Setiap langkah kau, akan aku ikuti dan tidak akan aku tinggalkan kau sendiri lagi."

•••

Taehyung mengambil bungkusan daging yang sudah dibungkus rapi dari tempat penyimpanan daging lembu itu.

Dia kini sedang berada di sebuah pasar raya. Memandang Maria mengingatkan dia untuk menyuruh mama memasak makanan kegemarannya iaitu daging lembu lada hitam, Taehyung dengan sukarela ingin membeli daging tersebut di pasar raya.

Dia tersenyum puas hati meluhat daging lembu yang diambilnya itu. Dia meletakkan daging itu ke dalam bakul yang diambil olehnya di pintu pasar raya itu tadi.

"Erm, lepas ni apa pula nak beli? Ha, gula." Taehyung terus berjalan, mencari bahagian terletaknya gula.

Tanpa dia sedar, dia terlanggar seseorang. Taehyung memohon maaf lalu dia tolong mengutip barangan orang yang dilnggarnya itu.

"Yah. Jalan pa-" Wanita yang dilanggar oleh Taehyung itu terhenti daripaa meneruskan kata-katanya.

Baru dia ingin memarahi gerangan yang melanggarnya itu tetapi niatnya terbatal saat matanya melekap pada tubuh lelaki di hadapnnya itu.

Matanya mula bergetar lalu dia menahan tangan Taehyung apabila Taehyung sudah ingin beredar.

"Yah, Kim Taehyung." Taehyung bagaikan terkedu apabila namanya dipanggil dengan tepat oleh wanita di hadapannya itu.

Dia memalingkan wajahnya ke arah wanita itu lalu mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah tangannya yang digenggam oleh wanita itu sebelum ditarik tangannya perlahan keluar dari genggaman wanita itu.

Dia menundukkan wajahnya sedikit sebelum meninggalkan wanita itu. Wanita itu yang tak lain tak bukan ialah Hani mengejar Taehyung lalu ditahan sekali lagi Taehyung daripada meninggalkannya.

Matanya sudah menitiskan air mata apabila pelbagai kemungkinan sudah menerpa ke dalam mindanya. Yang pastinya semuanya bersifat negatif.

"Taehyung. Ni saya, Taehyung. A-awak-" Hani baru ingin meneruskan kata-katanya tetapi tangan Taehyung ditarik kembali keluar dari genggamannya.

"M-maaf. Saya tak kenal dengan awak. Awak salah orang ni." Balas Taehyung teragak-agak.

Taehyung terus meninggalkan Hani bersendirian di situ, menangis bagai orang tidak waras. Dia jatuh terduduk sambil menangis, tidak menghiraukan mata-matanya yang memandangnya pelik.

"Kenapa, Taehyung? Saya isteri awak, Taehyung. Kenapa awak tak ingat saya?" Hani terus menangis di situ, tidak boleh menerima kenyataan yang Taehyung tidak mengingati dirinya.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now