'Our rough path may end now but our beautiful path will continue our journey until our last breath.'
•••
Taehyung sedang menunggu sesi kunseling Hani bersama pakar psikitrik itu tamat memandangkan dia dilarang untuk masuk bersama Hani.
"Ark." Seorang budak perempuan jatuh di hadapannya membuatkan dirinya terkejut. Dia terus gelabah menolong budak itu bangun.
"Adik okay?" Budak perempuan itu hampir menangis tetapi tidak melakukan sedemikian malah dia menatap wajah Taehyung. Seperti terpegun.
"Uncle ni kacaklah. Nanti Mia nak kahwin dengan jncle bila dah besar boleh?" Soal budak perempuan bernama Mia itu, naif membuatkan Taehyung tergelak kecil lalu mencubit pipi Mia perlahan.
"Tak bolehlah, sayang. Uncle dah ada isteri tau." Balas Taehyung, geli hati denfan gelagat Mia. Mia mencebik.
"Alaa. Takpa. Uncle ceraikanlah isteri uncle lepastu kahwin dengan Mia. Kan senang?" Balas Mia lagi, masih mahu memberitahu yang dia betul-betul mahu berkahwin dengan Taehyung.
"Alahai. Mia. Mana boleh macam tu. Suami ni kena setia pada seorang isteri je tau. Cuba kalau Mia kahwin dengan jncle lepastu uncle ceraikan Mia. Mia sedih tak?" Soal Taehyung lagi membuatkan Mia mengangguk laju.
"Mestilah sedih. Mia mesti dah sayang kat uncle gila-gila waktu tu." Balas Mia tegas.
"Ha, macam tulah apa yang isteri uncle rasa nanti. Kasihan isteri uncle tau. Mesti dia sedih kalau uncle ceraikan dia nanti." Kata Taehyung, lembut. Tidak mahu kedengaran terlalu kasar dengan budak itu.
"Hmm. Takpalah. Mia benarkan isteri uncle kekal dengan uncle. Tapi, kalau isteri uncle buat uncle sedih, bagitau Mia. Mia nak uncle kahwin dengan Mia." Balas Mia lagi.
"Yah, Jung Mia!" Panggilan seseorang membuatkan kepala Taehyung an Mia beralih ke arah geranagn tersebut.
"Itu papa Mia. Papa!" Mia berlari ke arah papanya laou didakap tubuh papanya. Dirinya didukung oleh papanya.
"Maaflah kalau Mia kacau kamu ke apa." Ucap papa kepada Mia itu yang berpakaian seperti seorang doktor itu.
"Taehyung." Taehyung yang baru sahaja ingin membalas kata-kata doktor itu terus memandang ke arah isterinya yang kini sudah datang memeluk lengan.
"Laa, suami kamu ke, Hani?" Soal doktor itu kepada Hani.
"Ya, doktor. Dialah suami saya. Perkenalkan doktor dengan suami saya, Kim Taehyung." Taehyung dengan pantas menunduk hormat pada doktor tersebut.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...