Macam mana dengan chapter sebelum ni? Korang okay tak ni?😈
•••
"Merindukanmu merupakan satu kewajiban bagiku."
•••
Taehyung mengerang kecil saat dia membuka matanya dan sakit di kepalanya masih terasa.
Dia menolak dirinya terus untuk bangkit dari perbaringan lalu menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.
BBAM!
Taehyung teringat kembali ingatannya yang tiba-tiba menerjah mindanya. Ya, dia sudah mengingati segalanya.
"Taehyung?" Maria memanggil Taehyung sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Taehyung yang kini sudah duduk bersandar di atas katil.
Taehyung terus membetulkan kedudukan lalu berdehem kecil dan melemparkan pandangannya ke arah Maria bersama senyuman nipis.
"Kau dah okay ke? Kau tahu tak aku risaukan kau? Tiba-tiba je kau pengsan lepas kau menjerit semalam." Ujar Maria, meletakkan dulang yang mempunyai segelas air kosong bersama botol ubat yang sering diambil oleh Taehyung.
"Aku okaylah. Entahlah pasal semalam. Sakit macam selalulah. Kau macam tak biasa pula aku mengaduh sakit kepala macam semalam?" Ujar Taehyubg tergelak kecil.
Maria duduk di atas katil Taehyung lalu memandang Taehyung dengan riak wajah yang serius.
"Kau...tak da ingat apa-apa ke?"
Taehyung yang baru sahaja meneguk air kosong yang dibawa oleh Maria itu seusai menelan ubatnya terus tersedak kecil.
Dia meletakkan kembali gelas itu ke atas dulang dan mengurut dadanya.
"T-tak adalah. Kenapa? Kau tak sabar nak hantar aku balik ke? Dah penat jaga baby besar ni?" Soal Taehyung kepada Maria membuatkan Maria berdecit.
"Ceit. Mana ada. Aku cuma risaukan parents kau je. Siorang mesti risau. Dah hampir sebulan kau menghilang. Lepastu, mana tahu kau tu sebenarnya suami orang, kan?"
Sekali lagi, tanpa diduga, Taehyung tersedak kecil. Maria dengan pantas menghulurkan kembali gelas yang masih mempunyai sisa air yang belum dihabiskan oleh Taehyung itu kepada Taehyung.
Taehyung terus menyambut huluran Maria itu lalu meneguknya sehingga kosong. Dia kemudian meletakkannya ke tempatnya lalu mengesat mulutnya yang sedikit basah.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...