Bab Sepuluh

2.9K 341 23
                                    

'Loving you was my biggest mistake but sometimes, it's feels like a blessing to me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Loving you was my biggest mistake but sometimes, it's feels like a blessing to me.'

•••

Aku mencelikkan mata aku perlahan-lahan. Mata aku tertutup semula aoabila cahaya dengan lajunya masuk ke dalam deria penglihatan aku membuatkan mata aku sedikit sakit.

Aku membuka semula dan mengerdip-ngerdipkan mata aku bagi membiasakan penglihatan aku dengan cahaya yang menerobos masuk ke dalam penglihatan aku itu.

Pandangan aku yang sudah mula jelas memaparkan wajah seseorang yang tidak lain tidak bukan, Kim Taehyung.

Ouh, dia balik?

Kedudukan dia kini sedang baring mengiring menghadap aku sambil berpeluk tubuh. Mulutnya sedikit terbuka dan aku tidak mampu menafikan yang dia memang kacak walaupun metika sedang tidur.

Aku menelan liur kesat. Hembusan nafas hangatnya mengenai wajah aku membuatkan jantung aku mula menggila. Aku menggigit bibir bawah aku apabila mata aku terlihat ke arah bibir mungil miliknya.

Kekadang, aku pelik. Kenapa dia perlu menyentuh perempuan lain walaupun aku sudah sah menjadi isterinya? Aku ni hina sangat ke dekat mata dia?

"Kenapa eh? Saya dah siap sah sebagai isteri awak, tapi awak masih terhegeh-hegeh mencari perempuan lain untuk melampiaskan nafsu awak. Saya ni tak layak ke untuk awak sentuh?"

Aku memejamkan mata aku rapat bagi mengambil kembali semangat. Aku tidak mahu memikirkan tentang hal yang berkaitan dengan Taehyung. Nanti, aku yang sakit.

Ada baiknya aku sambung tidur.

~

Tak lama kemudian, Taehyung mencelikkan pula matanya. Dia memandang Hani lama sebelum tersenyum kelat. Liur ditelan payah.

Sukar untuk dia berikan jawapan kepada persoalan yang dilontarkan oleh Hani tadi.

Ya, dia sudah terjaga tetapi apabila Hani tiba-tiab seperti berura untuk terjaga, terus dia pura-pura tidur.

'Aku pun tak tahu nak jawab macam mana, Hani. Aku minta maaf tapi aku masih rasa yang aku tiada sebab yang munasabah untuk berubah. Aku...masih tidak jumpa sebab untuk aku berubah, Hani.

Dan, sejak aku jumpa kau di universiti dululah, aku dapat rasa kaulah yang boleh carikan sebab untuk aku teruskan usaha aku berubah. Aku tak mampu untuk lakukannya seorang diri, Hani. Tolong aku.'

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now