Bab Tujuh Belas

2.5K 275 56
                                    

Sorry gais baru update. Lol. Baru dapat inspirasi nak timbulkan konflik. So, enjoy reading!!

•••

'Anxiety would always hit someone

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Anxiety would always hit someone. It's either they fight back or just accept it.'

•••

Hani menilik wajah Taehyung yang lena dibuai mimpi disebelahnya. Kini, dia tidak lagi merasa gerun apabila dia cuba untuk curi-curi menatap wajah kacak suaminya itu.

"Sayang. Kenapa kacau aku tidur ni?" Soal Taehyung tiba-tiba membuatkan tangan Hani yang sedang membelai rambut Taehyung itu terhenti.

Taehyung membuka matanya luas lalu dipandang lama ke dalam mata Hani. Hani menelan liurnya kesat.

"G-good morning." Sapa Hani tersekat-sekat. Taehyung tergelak kecil, geli hati melihat gelagat isterinya.

"Aduh, sayang ni. Kenapa kau comel sangat eh?" Taehyung mencuit hidung Hani sambil berkata membuatkan muka Hani memerah.

"Dia blushinglah!" Taehyung mengusik Hni lagi apabila dia melihat muka Hani yang kini sudah persis tomato.

"Ish. Suka tau usik orang. Janganlah." Hani menolak tubuh Taehyung menjauh darinya lalu dia bangkit dari perbaringan dan menekup mukanya, malu.

Taehyung tergelak besar lalu dia menarik Hani berbaring semula ke atas katil. Dia memeluk tubuh Hani erat.

Bunyi pintu wad itu dibuka membuatkan Hani secara automatik menolak Taehyung menjauh darinya sekali gus menjatuhkan Taehyung dari katil tersebut.

Terkejut doktor dan jururawat yang baru menjejakkan kaki ke dalam wad yang dihuni oleh Hani itu. Hani menggigit bibirnya, malu.

Taehyung pula sedang mengaduh kesakitan tetapi dia gagahkan diri untuk bangun dari terus duduk di atas lantai.

"Maaf mengganggu masa Puan Kim bersama suami. Tapi, kami mahu memastikan tentang pembedahan yang dirancang akan dilakukan pada minggu hadapan." Terang doktor wanita itu kepada Hani dan Taehyung.

"Erm, doktor. Nanti saya panggil lain. Biar saya bincang dengan isteri saya dulu." Ujar Taehyung membuatkan doktor wanita itu mengangguk faham lalu mengajak jururawat yang bersama dengannya untuk keluar.

Hani memandang ke arah Taehyung lalu dia menundukkan kepalanya. Taehyung menggapai tangan Hani lalu digenggam erat, bagi memberi semangat kepada isterinya.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now