Bukalah lagu kat atas tu. Sebab entah. Macam sesuai je🐵
•••
'Cause, they said, jealousy could bring someone to have grudge.'
•••
"Taehyung." Panggilan dari Hani membuatkan mata Taehyung yang tadinya melekap di muka surat bukunya beralih ke arah Hani di sebelahnya.
Hani memandang ke arah wajah Taehyung sambil tangannya melingkari tubuh Taehyung. Mukanya masam sahaja.
"Betul ke awak kena pergi business trip tu?" Soal Hani meminta kepastian. Padahal, sudah hampir 10 kali dia bertanyakan soalan yang sama kepada Taehyung sebaik sahaja dia tahu tentang business trip Taehyung ke Kanada.
"Alololo. Sedih pasal tu ke, sayang aku seorang ni?" Soal Taehyung sebelum diletakkan bukunya ke meja berdekatan dengan katil mereka sebelum berpaling semula menghadap Hani.
"Yelah, sayang. Takkan aku sebagai bos tak pergi business trip syarikat aku. Lagipun, kami pergi pun sebab ada urusan kerja. Kalau boleh bawa kau, dah lama aku bawa. Tapi, kau ada kaunseling dengan doktor kan?"
Terang Taehyung, cuba memujuk isterinya yang mungkin masih tidak boleh menerima pemergiannya pada minggu depan selama seminggu.
"Alaaa. Boleh skip." Balas Hani bersama cebikan di bibir.
"Aip. Mana boleh cakap macam tu. Aku nak kau pulih sepenuhnya, sayang. Dengar cakap aku, hmm?" Senyum Taehyung dengan matanya yang memandang ke dalam mata Hani, dalam.
"Tapi, nanti saya rindulah. Dahlah awak pergi seminggu. Seminggu bagaikan seribu tahun bagi saya tau tak?" Rungut Hani, geram. Masih tidak berpuas hati yang dia tidak dapat mengikuti Taehyung ke Kanada.
"Amboi. Overnya. Sekejap jelah tu, sayang oi. Pejam celik, pejam celik. Aku dah ada sebelah kau dah nanti." Balas Taehyung lagi.
"Hm. Yelah. Fine. Tapi, awak kena janji dengan saya. Awak akan balik dengan baik. Tak da cedera ke apa. Sempurna." Kata Hani, tegas.
Dia risau sebenarnya. Macam mana kalau sesuatu berlaku kepada Taehyung di sana nanti? Macam mana kalau alam beberapa hari ni, adalah kali terakhir dia bertemu dengan suami kesayangannya itu?
Hatinya benar-benar rasa tidak sedap apabila mendengarkan tentang Taehyung bakal meninggalkannya di Korea ke Kanada atas urusan kerja.
Ahh, dia tidak mahu itu semua berlaku!
"Apa cakap macam tu? Takkan jadi apa-apalah dekat sana. Betul." Balas Taehyung tergelak kecil.
"Ahh, janji dulu. Kalau tak, saya merajuk dengan awak setahun." Hani menarik tangannya keluar dari dakapan Taehyung lalu memeluk tubuhnya, merajuk.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Hayran Kurgu[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...