UDNS2 21

1.3K 165 54
                                    

"Tidak semua kita boleh jangka akan berlaku dan kita juga tiada kawalan langsung terhadapnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tidak semua kita boleh jangka akan berlaku dan kita juga tiada kawalan langsung terhadapnya."

•••

"Hello." Puan Kim di hujung talian menegur si pemanggil seusai menjawab panggilan tersebut.

"Erm. Hello, mummy." Taehyung teragak-agak menegur kembali mummynya di hujung talian.

Bungkam.

"Mummy?" Panggil Taehyung semula apabila tiada sebarang suara yang dapat dia dengari dari hujung talian.

"Tae-taehyung? Kamu ke tu, sayang?" Tersekat-sekat Puan Kim mengutarkan kata-katanya. Sungguh, rasa tindunya terhadap anak lelakinya itu semakin hari semakin menggunung.

"Ye, mummy. Ni Taehyung." Balas Taehyung cuba meyakinkan Puan Kim. Tiba-tiba, mula kedengaran suara tangisan di hujung talian. Taehyung mula rasa bersalah.

"Taehyung minta maaf sangat sebab ambil masa yang lama nak berhubung dengan mummy dan daddy. Taehyung...ada urusan dekat sini sikit."

Ujar Taehyung cuba memujuk mummynya. Tak lama kemudian, Puan Kim mula bersuara.

"Mummy rindu dengan Tae sangat-sangat."

Kata-kata Puan Kim membuatkan Taehyung mula terasa.

"Sebenarnya, Taehyung ada benda nak tanya mummy. By any chance..."

~

"Kita nak pergi mana ni, Tae?" Soal Hani kepada Taehyung. Taehyung hnaya terus memandu kereta Mercedes hitam milik keluarga Lee itu.

"Adalah. Kau tunggu dan lihat je." Balas Taehyung, ringkas.

Hani hanya mencebik sebelum melemparkan pandangannya ke luar.

Tak lama kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah rumah agam. Hani memandang sekeliling. Sepertinya, dia biasa lihat taman perumahan elit itu.

Ini...

"Kenapa...kita ada dekat sini?" Soal Hani sebelum memandang Taehyung di sebelahnya yang baru sahaja mencabut tali pinggang keledarnya.

"To make clear things up." Balasnya ringkas. Taehyung terus keluar dari perut kereta dan Hani pula hanya mengikuti tindak-tanduk Taehyung itu.

Taehyung memasukkan number pin keselamatan pada pagar utama rumah tersebut sebelum pintu pagar itu terbuka.

"Jom, dear?" Ajak Taehyung lalu menghulurkan tangannya ke arah Hani. Hani tersenyum nipis lalu menyambut huluran Taehyung itu dan mengikutinya masuk ke dalam rumah agam tersebut.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now