UDNS2 25 (Ending)

2.1K 173 28
                                    

"Mereka mengatakan itu yang memuaskan hati mereka namun itulah perkara yang membuatkan luka di hati mereka lebih mendalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mereka mengatakan itu yang memuaskan hati mereka namun itulah perkara yang membuatkan luka di hati mereka lebih mendalam."

•••

"Mummy... Daddy... Hilang."

Taehyung dan Hani yang sudah bersiap untuk bertolak ke Korea itu mula bergegas keluar dari rumah mereka. Mereka meninggalkan Jimin di rumah itu bagi menjaga barang yang mereka tinggalkan di rumah itu.

"Mummy dengan daddy akan okay ke, Taehyung?" Soal Hani yang duduk di sebelah Taehyung di atas kapala terbang kelas pertama itu.

Taehyung menggapai tangan Hani lalu digenggam erat sebelum pandangannya dialihkan ke arah isterinya itu.

"They will be fine. Trust me." Ujar Taehyung yakin. Walaupun hati juga resah seperti isterinya, namun, jika mereka berdua gerun dan bersedih, siapa yang mahu memberi semangat kepada mereka?

Tiba di tanah kelahiran mereka itu, Taehyung dan Hani dijemput oleh pemandu peribadi Taehyung yang telah diuruskan oleh setiausaha Taehyung.

"Saya hantarkan tuan ke rumah dulu ye?" Beritahu pemandu peribadi itu kepada Taehyung sambil memandu keluar dari kawasan lapangan terbang antarabangsa Incheon itu.

Taehyung hanya mengangguk bagi menjawab persoalan dari pemandunya itu. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya ke rumah milik Taehyung dan Hani.

Taehyung mengusap perlahan kepala isterinya yang kini berada di atas bahunya, terlelap. Dia tersenyum lalu kemudiannya, dia melemparkan pandangannya ke luar kereta.

~

Puan Kim terjaga dari pengsannya. Dia mula terkejut apabila dia kini diikat dengan rantai yang dikunci dengan kerusi.

Dia memandang ke dekeliling dan matanya berjaya menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri melekat di dinding bersama tangannya yang dirantai.

"Kim Hyuk? Hyuk! Awak!" Puan Kim menjerit kuat apabila baru dia sedar yang lelaki itu ialah suaminya. Air matanya menitis satu per satu.

Bbam!

Satu hempasan memberhentikan jeritan daripada Puan Kim itu kerana terkejut lalu pandangan wanita itu dialihkan ke arah cahaya terang yang menerobos masuk ke dalam euangan kecil tersebut.

Seorang lelaki datang berjalan bersama sebatang kayu di tangannya. Wajahnya kelihatan seperti tidak puas hati. Puan Kim mula menggeletar ketakutan.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now