UDNS2 14

1.4K 182 82
                                    

Thanks for 2k votes guys!  Sayang korang! 

Jangan lupa untuk comment bebanyak sebab comment anda adalah pembakar semangat Idae untuk terus update cerita bangang ni. Haha. Enjoyy😜💜

•••

"Kerana, mengekalkan lebih sukar daripada mencapai sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kerana, mengekalkan lebih sukar daripada mencapai sesuatu."

•••

Taehyung tersenyum bahagia saat tiga orang lelaki yang menjaga gudang temlat dia pernah dikurung semasa penculikan dulu telah ditumbangkan olehnya berkat ilmu karatenya yang dipelajari hampir sebulan sudah.

Taehyung yang masih tidak terkawal nafasnya kerana penat itu terus berlari ke arah pintu bilik misteri itu yang pernah menarik perhatiannya.

"Aish. Kunci." Terus Taehyung mengeluarkan satu pin untuk mencuba helah membuka mangga yang berkunci.

Dan, akhirnya...

Ppak.

Berjaya juga dia membuka satu mangga yang berada di pintu itu. Dia mula membuka mangga yang kedua dan ketiga sebelum pintu bilik misteri itu dibuka luas.

"What the..."

~

Seorang lelaki sedang melukis sebuah potret wanita di dalam bilik lukisannya di rumahnya.

Bilik itu memang khas buatnya melakukan hobi kegemarannya iaitu melukis. Dia tersenyum gembira saat potret itu sudah siap dilukis olehnya.

"Cantik. Macam dia yang dulu." Ujar lelaki itu sebelum mengangkat potret itu lalu dibawa ke arah dinding yang masih kosong, tidak digantungkan oleh sebarang lukisan.

Seusai dia menggantungkan lukisan itu pada dinding, dia mengusap lembut wajah wanita dalam lukisan potretnya itu bersama senyuman.

"Aku akan pastikan aku dapatkan kau semula. Hanya aku yang layak memiliki kau."

Ujar lelaki itu masih tersenyum lebar dengan tangannya yang masih tidak berhenti mengusap lukisan potret wajah wanita itu.

Tiba-tiba, pintu bilik lukisannya diketuk tiga kali dan sudah dia tahu siapakah yang mengetuk itu.

"Turun makan." Dua patah itu kedengaran di telinga lelaki itu lalu lelai itu hanya menjeling pintu bilik lukisan tersebut.

"Yelah. Kejap lagi aku turun." Balasnya ringkas.

Dia mula mengemas sedikit bilik tersebut lalu dia keluar terus dari bilik tersebut seusai mematikan suis lampu.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now