UDNS2 8

1.2K 178 26
                                    

Haluuu, rindu tak, rindu tak?😆

•••

"Jika kesakitan itu mampu membuahkan kebahagiaan kepada kau, aku sanggup menanggung rasa sakit itu sehingga hembusan nafas aku yang terakhir demi membahagiakan kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jika kesakitan itu mampu membuahkan kebahagiaan kepada kau, aku sanggup menanggung rasa sakit itu sehingga hembusan nafas aku yang terakhir demi membahagiakan kau."

•••

Taehyung duduk di atas katilnya, sambil menghadap wajahnya pada cermin di hadapannya.

Mindanya kini penuh dengan perancangan bagi dia menangkap siapa sahaja yang menculiknya sebulan yang lalu.

Dia perlu tahu siapakah gerangan tersebut dan mengetahui tentang niat sebenar manusia itu menculiknya. Sepertinya, mereka amat mengenalinya.

Tetapi, siapa?

Siapa lagi yang seperti tidak puas hati dan berdendam dengannya selagi dia masih bernafas di atas muka bumi ini?

Taehyung mengeluh perlahan lalu dia terus menghempaskan tubuhnya ke atas katilnya dan mengalas kepalanya dengan lengannya.

Dia memandang siling biliknya lama. Mindanya tiba-tiba mengingatkannya terhadap Hani.

Ahh, dia rindukan isterinya itu. Sangat-sangat.

"Kawal diri kau, Taehyung. Kau bertindak cepat, kau boleh balik ke Korea dengan Hani cepat. Fighting!"

~

Taehyung mendongak sambil melihat bangunan di hadapnnya dari setiap sudut.

Ya, di sinilah tempat dia dikurung hampir seminggu. Di gudang usang itu.

Keadaan lengang sahaja memandangkan gudang ini memang agak jauh dari jalan raya besar.

Dia memasuki gudang yang terbiar itu lau membuka lampu dari telefon pintarnya. Sekeliling gudang itu diperhatikan, cuba untuk mencari sesuatu yang dapat membantu dia mencari dalang di sebalik kes penculikan dirinya.

Tak lama kemudian, dia terjumpa dengan sebuah pintu yang bermangga. Terdapat tiga kunci mangga yang mengunci bilik tersebut.

Taehyung mula mengerutkan dahinya lalu membelek setiap mangga yang dipasangkan di pintu tersebut dan dia menilik pintu itu lama.

Namun, yang dia hairan sekarang, mangga-mangga tersebut sudah sedia terbuka. Jadi, dia bercadang ingin memasuki bilik tersebut.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now