'Do you think that all things could be solve by saying 'I'm sorry'?'
•••
Sudah seminggu berlalu sejak aku mengabaikam tanggungjawab aku sebagai seorang isteri terhadap Kim Taehyung.
Aku sudah mula hidup kembali seperti seorang gadis bujang pada dahulu kala. Hidup seperti tidak bersuami.
Pukul 11 pagi baru aku bangun dari tidur tidak seperti dulu di mana aku sering bangun pada pukul 7 pagi semata-mata untuk menyiapkan sarapan yang mungkin akan berakhir ke dalam tong sampah.
Aku keluar dari bilik air dengan tuala diikat ketat di atas dada, berkemban. Rambut panjang milikku diikat tinggi bersanggul.
Tanpa sebarang tanda, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka luas dan terpampanglah wajah Taehyung. Taehyung kelihatan terpaku di situ. Mungkin kerana aku berpakaian sedemikian.
"Kenapa datang balik? Tak busy eh?" Soal aku selamba dan dia berdehem kecil sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kami.
"Bosan. Penat." Ujarnya sebelum menghempaskan tubuhnya ke atas katil bersaiz king di alam bilik kami itu.
"Duit dah kering ke sampai balik rumah tak upah perempuan dah kalau penat? Dah bosan dengan perempuan? Nak minta lelaki pula yang layan awak?" Soalan aku tanpa berfikir sambil menyarungkan pakaian ke tubuh aku.
Taehyung terdiam seribu bahasa. Aku berpaling memandangnya yang sedang berbaring di atas katil sambil meletakkan lengannya ke atas matanya.
Aku menggulingkan biji mata aku, menyampah. Aku terus meloloskan diri keluar dari bilik kami meninggalkan Taehyung keseorangan. Tidak betah lagi umtuk duduk di dalam bilik itu memandang wajahnya.
Aku sanggup tidur awal dan bangun selewat yang mungkin hanya untuk tidak bertembung mata dengannya. Kerana apa? Kerana sekali mata aku dan matanya bertemu, aku menjadi lemah.
~
"Hani!" Panggil Taehyung kuat membuatkan bahu aku terhinjut kecil. Aku yang tadinya mata melekat pada skrin mac book aku terus mengalihkan pandangan ke arah Taehyung yang kini sedang menuruni tangga.
"Aku lapar."
Itu je? Itu je?!
"Makan luar. Saya malas nak masak. Lagipun, mak cik dah balik. So, makan luar." Balas aku selamba sebelum memainkan semula drama yang sedang aku tonton itu.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...