Sorry for a short update and a very hambar update. Huhu. Hope you guys enjoy♡
~
"Breaking a heart could be very easy, but to heal it maybe very impossible."
•••
Chorong bergegas berjalan ke arah aku sebelum dia memeluk aku. Air mata aku sudah lama tidak tertahan dan mengalir di pipi aku. Tetapi, aku dengan pantas menyekanya. Aku tidak mahu nampak terlalu lemah dan seperti perempuan yang mudah ditindas olehnya.
Taehyung pula hanya memandang ke arah aku tanpa riak sebelum dia berjalan beriringan dengan wanita di sebelahnya ke salah satu tempat duduk di dalam cafe milik aku itu.
Hati aku...hancur. Tuhan. Aku tak kuat. Aku terus menolak sedikit badan Chorong.
"Hani. Jangan sedih weyh. Aku yakin tu klien dia je." Ujar Chorong cuba menenangkan aku. Aku tersenyum kelat lalu menggelengkan kepala aku perlahan.
"Aku okay. Jom. A-aku nak layan web-drama A-Teen." Sekurang-kurangnya aku cuba, bukan?
Chorong mengangguk keplaanya lalu dia duduk di sebelah aku. Lalu, kami mula melayan web-drama itu tanpa menghiraukan insan yang cuba menghancurkan suasana tenang di dalam cafe itu.
~
Taehyung menyalakan rokok miliknya itu sebelum dia mula menghisapnya.
Tenang. Keserabutan di kepalanya sedikit demi sedikit hilang dari mindanya. Dia mengeluh lega.
Tiba-tiba, mindanya kembali mengingati bagaimana riak wajah Hani tika gadis itu melihat dirinya bersama perempuan upahannya, Kim Soora.
"Aish. Kenapa pula aku nak kena fikir pasal dia? Dia tahu aku memang macam ni, she should bare with it." Ujar Taehyung dengan nada yang angkuh sebelum meludah putung rokok di mulutnya ke atas tanah.
"Ingat baguslah tu buang putung rokok atas tanah macam tu je?" Sebuah suara menerpa ke dalam ruang pendengaran Taehyung.
Taehyung terus mengalihkan pandangannya memandang ke arah gerangan yang berani menyuarakan tindakannya.
~
Aku mengutip putung rokok yang dibuang oleh Taehyung itu lalu dimasukkan ke dalam tong sampah berdekatan.
Aku patutnya marahkan dia tentang kes tadi? Perlukah aku? Tidakkah aku kelihatan terlalu lemah untuk terus meratapi tindakannya itu?
Aku dah penat. Aku cuma mampu berharap yang mimpi buruk ini akan digantikan dengan pelangi hidup baharu antara aku dan Taehyung.
"Kenapa awak suka merokok eh? Tak takut mati ke?" Soal aku dengan selamba ke arahnya.
"Lantak akulah. Kau nak sibuk apahal?" Soalnya kasar terhadap aku. Aku tahu aku bakal terima reaksi sedemikian dan kali ini, aku tidak makan hati dengannya.
"Saya tegur sebab saya sayang awak."
~
Taehyung terdiam. Ayat itu bagaikan memberi satu perasaan tidak enak di dalam hatinya. Apa yang ingin diperkatakan oleh Hani dengan suasana yang tiba-tiba tegang ini?
Dan, Hani mula menyambung ayatnya tadi membuatkan Taehyung memandang ke arah wajahnya.
~
"Ikut awaklah. Saya pun dah penat. Jadi, sekarang, saya akan ikut cakap awak. Saya buat hal saya, awak buat hal awak. Awak tiada hak atas saya dan hal saya serta saya tiada hak atas awak dan hal awak."
Aku menarik nafas panjang. Lama juga aku karang ayat ini dan akhirnya terluah jua.
"We just mind our own business and never give a fuck to each other."
Dan ayat terakhir.
"Saya menyesal jatuh cinta dekat awak. Buang masa saya." Terus sahaja aku berlalu pergi meninggalkan dia yang mungkin terkedu dengan ayat panjang berjela aku itu.
~
Belakang tubuh Hani dipandang lama sehingga tubuh gadis itu hilang dari pandangannya.
Tiada apa yang dapat mentafsir perasaannya tika ini. Dia hanya berasa kosong.
'Bukankah ini yang kau mahukan? Dia sudah ikutkan hasrat kau. Kenapa kau tidak gembira?'
Taehyung meraup wajahnya kasar sebelum disebak rambutnya ke belakang. Keluhan kasar juga tidak lupa dibebaskan dari dua ulas bibir.
Serabut.
~
Aku duduk di sebelah Chorong yang masih melayan drama dari kompuet riba aku. Mata aku bergetar memandang lantai cafe itu.
Tak lama kemudian, air mata aku gugur. Ya, aku sebenarnya sakit. Sakit tika meluahkan semua ayat-ayat tadi kepada lelaki bergelar Kim Taehyung itu.
Tapi, kali ini, aku benar-benar serius. Aku cukup terasa dengannya dan aku penat berharap akan sesuatu yang tidak pasti akan menjadi milik aku.
Bak kata orang, mencintai tak semestinya dimiliki dan memiliki tak semestinya mencintai.
Dan, itulah yang aku aplikasikan dalam hidup aku bersama Taehyung. Aku cintakan dia, tetapi aku tahu. Mustahil untuk aku memilikinya.
Jadi, tiba masanya nanti, akan aku lepaskan dia dari hidup aku. Kerana aku tahu, itu ialah jalan yang terbaik buat kami berdua.
Cukuplah aku mencintainya tika berada di dalam alam perkahwinan kami walaupun conta aku tidak berbalas. Tetapi, aku gembira kerana aku akhirnya dapat juga merasakan bagaiman erti mencintai dan bahagianya perasaan tika kita benar-benar mencintai seseorang.
Semuanya aku patut berterima kasih kepada suami aku.
"Hani? Kau okay tak?" Aku dengan pantas menyeka air mata aku yang terus mengalir keluar dari tubir mata aku itu.
"A-aku okay." Jawab aku. Chorong sudah memandang aku. Pandangannya seperti menujukkan dia kurang enak dengan jawapan aku yang semesti bohong itu.
Dia terus mendepakan tangannya ke arah aku. Aku mula mencebikkan mulut apabila dapat aku rasa aku mahu menangis kembali di dalam dakapan seseorang.
Jadi, aku terus memasukkan tubuh aku ke dalam dakapannya lalu Chorong mengusap belakang badan aku bagi menenangkan aku.
Satu perkara lagi sebelum aku terlupa. Terima kasih, Kim Taehyung.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...