This gonna be a very long chapter and the most sendu and hambar chapter, maybe? So, prepare yourself sebab banyak tea akan dispillkan di alam chapter ni. And, jangan lupa buka media kat atas supaya lebih feeling gitu bila baca. Hehe. Enjoyy.
~
'Only God know that I love you so damn much until I couldn't even find a way to hate you. You are just the precious and the perfect you that I knew.'
•••
"Cuba bagitau aku, kenapa kau buat semua ni? Bukankah kau sayangkan dia?" Soal Jungkook, rakan baik Taehyung sejak di universiti dulu.
Dia saja yang tau baik buruk, pahit manis hidup Taehyung kerana dia juga berada di dalam memori itu.
Taehyung meraup mukanya kasar sebelum keluhan berat dilepaskan.
"Aku...tak tahu, Kook. Aku tak boleh tinggalkan rutin aku yang satu tu. Tapi, aku pun tak sanggup sakitkan hati Hani. Apa aku dah buat ni, Kook?" Adu Taehyung kepada Jungkook.
Jungkook faham sangat dengan Taehyung bersama rutinnya itu. Rutin yang dia dulu terjebak sama tetapi sudah lama berhenti. Tinggal Taehyung sahaja yang masih meneruskan rutin mereka itu.
"Kau kena cuba tinggalkan rutin kau tu, Tae. Aku boleh, kau pun mestilah boleh. Memang payah tapi sentiasa beringat yang kau kena jaga hati Hani. Jangan kau menyesal kemudian hari sebab apa yang kau buat pada dia sekarang."
Taehyung mengluh lagi sebelum diteguk lagi wine yang berada di dalam gelas tinggi di hadapannya itu.
"Aku nak ceraikan dia."
Jungkook yang baru meneguk wine di dalam gelasnya terus tersembur.
"Ish. Pengotornya kau ni."
"Kau biar betul? Kau tu, acah macam kena paksa kahwin dengan Hani padahal kau sanggup paksa mommy daddy kau yang dah lama kau tak bercakap demi kahwin dengan Hani. Kau ni dah kenapa? Eee, ada juga aku cepuk kepala kau ni. Mereng betul otak kau kan?" Keluh Jungkook, pelik benar dia dengan perangai si Taehyung.
Ya, benarlah semua yang dikatakan oleh Jungkook. Dia yang memberanikan dirinya untuk bercakap dengan mommy daddynya yang sudah lama dia tidak bercakap akibat satu peristiwa.
~
Taehyung memandang Jungkook yang berada di sebelahnya di tempat duduk pemandu. Kini, dia berada di hadapan pagar rumah orang tuanya di dalam kereta milik Jeon Jungkook.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...