Bab Satu

4.2K 446 52
                                    

"People with bad attitudes doesn't mean they are bad person

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"People with bad attitudes doesn't mean they are bad person."

•••

Seram. Satu perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku tika ini. Taehyung di sebelah aku yang sedang bermain dengan telefon pintarnya aku kerling.

Kami kini berada di butik perkahwinan. Puan Kim dan mama tak ikut sebab ada urusan lain katanya penting. Aku hanya membiarkan mereka.

"Encik, cik. Silakan masuk. Kami akan tunjukkan kelengkapan dress dan tuxedo yang kami ada." Ujar salah seorang staf di situ kepada aku dan Taehyung.

Aku hanya tersenyum sebelum bangkit dari duduk. Aku pandang ke arah Taehyung. Dia masih statik bermain dengan telefon pintarnya tanpa ada sedikit pun anda ingin menutup telefonnya dan bangkit bersama aku.

"Tak nak masuk ke?" Soal aku kepada Taehyung. Taehyung hanya diam sebelum bersuara.

"Kau masuklah. Aku nak habiskan level ni. Nanti dah habis aku masuk." Dingin.

Aku tersenyum kelat sebelum menjejakkan kaki masuk ke ruangan di mana aku akan mencuba semua dress perkahwinan aku.

Aku mula mengambil dress pertama yang dihulurkan oleh staf itu kepada aku.

"Wah! Cantiknya, cik. Cik memang sesuai pakai dress ni." Staf yang bertugas itu menunjukkan ibu jari pada kedua belah tangannya menandakan yang dress ini teramatlah sesuai dengan aku.

Aku melihat pantulan aku dan tanpa diarah, staf itu membuka langsir yang menutupi ruangan itu. Terus terpaling badan aku ke arah staf itu.

"Kenapa awak buka?" Soal aku agak terpempan. Staf itu memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Saya nak biar bakal suami awak tengoklah. Dia suka ke tidak. Tapi..." Staf itu seperti mencari-cari kelibat Taehyung.

Dia...masih di luar?

Aku terus bergegas turun dari tempat persalinan itu sebelum aku berlari anak keluar dari bilik itu.

Dengan termengah-mengah aku berhenti di tempat kami menunggu tadi. Dia mengangkat kening kirinya memandang aku sambil tangannya membuang puntung rokok di bibirnya.

"Kau nak bawa balik terus dress tu ke apa? Nak bawa balik tidur? Bayangkan hari perkahwinan kita nanti? Tch." Taehyung berdecit kecil. Aku sungguh terasa dengan kata-katanya tetapi aku diam lalu terus menggeleng.

"Yelah. Awak tak masuk lagi pun. Jadi, saya carilah awak dekat sini. Tak nak cuba tuxedo ke?" Sengaja aku mencari alasan untuknya memasuki bilik persalinan itu.

Kerana apa? Aku ingin mengalami pengalaman yang sama seperti rakan-rakan aku yang sudah ke alam perkahwinan.

Tetapi, Taehyung nampaknya seperti tidak mahu memberi sebarang kerjasama dan jauh skali rasa minat serta tertarik dengan segala persiapan yang sedang mereka lakukan buat majlis mereka berdua yang sememang berlaku sekali seumur hidup.

"Aku dah cuba tadi. Kau lama sangat. Dah. Kau pilih je dress yang kau pakai ni, tukar baju tadi. Kita balik." Senang dia mengujarkan kata-katanya sebelum dia bangkit dan terus keluar dari butik tersebut.

Aku terkedu. Adakah aku tidak layak untuk merasai alam perkahwinan yang bahagia? Adakah aku tidak layak untuk merasa bahagia bersama bakal suami aku?

Aku terus masuk kembali ke bilik persalinan pengantin sebelum menurut segala perintah Taehyung.

Taehyung di sebelah aku masih fokus dengan pemanduannya. Aku pula termenung memandang ke luar tingkap, melihat kereta-kereta yang lalu dari arah yang bertentangan.

Aku lapar sebenarnya. Dari pagi aku tidak makan. Sekarang sudah masuk waktu makan tengah hari. Aku pandang ke arah Taehyung yang sedang memandu dengan tangan kirinya yang menongkat kepalanya dengan sikunya yang berada di tingkap bahagian pemandu itu.

Dia kelihatan agak...menarik dengan posisinya yang sekarang. Ditambah dengan mulutnya yang sibuk mengunyah gula-gula getah, mungkin untuk menghilangkan bau rokok di mulutnya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Kau nak cakap apa-apa ke?" Soal Taehyung tiba-tiba membuatkan aku tergamam.

"Erm. Awak tak nak makan ke? Saya lapar." Soal aku, cuba memberanikan diri. Taehyung berdecit. Dia menggulingkan matanya, menyampah.

"Aku hantar kau balik rumah kau. Kau minta jelah bibik kau masakkan. Aku tak ada selera nak makan. Lagi-lagi makan dengan kau. Minta simpang dululah." Dingin dia mengutarkan kata-katanya.

Pergh. Dasar jantan tak bertanggungjawab. Macam manalah aku nak hidup sebumbung dengan dia nanti?

Aku mengeluh perlahan sebelum memandang kembali keluar tingkap. Malas mahu membalas apa-apa. Nanti, hati aku juga yang sakit.

Aku duduk di meja makan. Aku sudah selesai menjamu selera walaupun tidak seberapa. Masih terasa dengan kelakuan Taehyung tadi. Aku membuka telefonku sebelum nombor telefon seseorang dicari.

"Hello. Weyh. Nak jumpa. Aku...ada benda nak cakap kat kau. Penting." Suara aku mengendur.

"Okay. Jumpa sana." Terus aku mematikan panggilan sebelum aku meletakkan kepala di atas meja. Kepala aku terasa berat. Mungkin kerana mikirkan tentang semua perkara yang terjadi dan bakal terjadi kepada aku ini.

Terus aku bangkit kembali lalu aku mendaki tangga unuk ke bilik aku. Ingin bersiap untuk keluar.

Seusai bersiap, terus aku bergegas keluar lalu kereta aku dipandu keluar dari perkarangan rumah keluarga aku.

Aku menjejakkan kaki masuk ke dalam cafe berdekatan dengan universiti aku dahulu. Aku meliarkan mata aku di seluruh sudut cafe itu sampailah mata aku menangkap seseorang yang sedang melambaiku.

"Kau apahal nak jumpa dengan aku?"

Aku tersenyum kelat sebelum duduk di kerusi berhadapan dengan rakan karibku di universiti iaitu Ma Chorong.

"Aku nak cerita something. Aku tak naklah kau terkejut bila tahu nanti. So, aku nak bagitau awal-awal kat kau." Ujar aku. Wajah Chorong kelihatan agak berkerut, mungkin pelik juga tertanya-tanya.

"Macam...serius je?" Soal Chorong. Aku menggigit bibir bawahku sebelum mata aku dihalakan ke luar cafe itu. Kemudian, aku halakan kembali pandangan aku ke arah Chorong.

Sesuatu dikeluarkan dari beg tangan aku lalu diletakkan di atas meja.

Sekeping kad jemputan. Mama dan Puan Kim dah cetak 100,000 cetakan kad jemputan ini untuk diedarkan dan Chorong orang pertama yang dapat kad itu.

Chorong hanya memandang sebelum dia mengambil kad tersebut.

Dia memandang kad jemputan itu sebelum dia memandang muka aku kembali. Aku diam. Dia melakukan perkara tersebut hampir sepuluh kali.

"Kau biar betul?! Kau akan kahwin dengan Kim Taehyung?!"

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now