"Sometimes, I'm also feeling like I'm losing myself because of you."
•••
Taehyung menyandarkan tubuhnya pada kerusi bahagian pemandu yang sedang didudukinya itu. Sesekali dia mengeluh perlahan.
Kenapa dia perlu rasa seperti dia melakukan kesalahan yang besar? Dia hanya melakukan apa yang sering dia lakukan. Hani juga memang tahu perangainya sedemikian.
"Aish!" Dia merengus kasar sebelum dia keluar dari keretanya lalu sesuatu dari dalam poket di dalam blazernya dikeluarkan.
Tak lain dan tak bukan, kotak rokok.
Seputung rokok dinyalakan sebelum dia menghisap rokok itu. Tenang. Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan tika itu. Keserabutan yang menimpanya tadi bagaikan hilang dari radar.
Dia menyandarkan tubuhnya pada badan keretanya sambil mulutnya giat menghisap rokok di tangannya dan menghembuskan asap keluar dari dalam mulutnya.
~
Aku menggulingkan tubuh aku di atas katil. Keluhan berat dilepaskan hampir setiap minit. Kalau boleh, aku nak saja kunci diri aku dalam bilik ni. Tapi, aku lupa. Aku berkongsi dengan seorang lagi manusia yang paling aku tidak mahu bertembung mata dengannya.
"Tak, tak. Sekarang ni. Kenapa dia tak balik lagi?" Soal aku secara tiba-tiba apabila mata aku tertacap pada jam dinding bilik.
Aku mula tersedar akan sesuatu. Aku menyerabutkan kepala aku geram. Kenapa aku yang perlu hadap semua perkara tak masuk akal ni?
"Dia tak baliklah tu. Stress kan? Aku ni kerja menyusahkan dia je. Mana dia tak stress?"
Tiga tahun lalu
Aku sedang bergelak tawa bersama Chrong. Tiba-tiba, Chrong menepuk-nepuk bahu aku berkali-kali sehingga membuatkan aku rimas.
"Kau apahal?" Soal aku tidak puas hati kepadanya dan dia hanya memuncungkan bibrinya ke arah satu sudut. Aku pun memandang ke arah sudut tersebut dan...
"Weyh, bodoh. Kau tak da kerja lain ke nak tengok? Haih, balik ni aku kena samak mata aku balik. Kau punya pasallah ni."
Kelihatan satu pasangan sedang hangat bercumbuan di sebalik rak-rak buku di dalam perpustakaan itu. Kami pula berada di pintu masuk perpustakaan dan perkara itu boleh dilihat oleh kami dengan jelas.
"Kau tahu tak tu siapa?" Soal Chorong tiba-tiba seusai kami berdua berjaya mencari tempat untuk belajar. Aku hanya menghiraukan dia kerana aku tahu, mood 'membawang'nya sudah menerpa dirinya.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...