'I don't wanna tell you something that might hurt you. Cause, if you're hurt, i'm also hurt to see you're in pain.'
•••
"Awak. Bangun! Jom makan breakfast!" Hani memgejut Taehyung seusai membuka langsir yang menghalang cahaya matahari daripada mengisi ruang di dalam bilik tidur mereka itu.
Taehyung mengerang kecil apabila cahaya matahari mula menerobos masuk, mengganggu tidurnya yang lena.
"Sayang. Aku nak tidurlah. Erm, penat." Taehyung menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. Hani terus duduk di atas katil lalu menggoncangkan tubuh Taehyung.
"Bangunlah. Dah lama sangat dah awak tidur. Matahari dah terpacak dah ni. Penat apa- Argh!" Hani terjerit kecil apabila Taehyung dengan pantas terus menarik tubuhnya jatuh terbaring ke atas katil lalu dimasukkan ke dalam dakapan Taehyung.
"Yah, Kim Taehyung. Lepaslah. Ish, awak ni dah lah tak mandi lagi. Saya dah mandilah." Hani cuba menolak tubuh Taehyung dari terus emmeluknya tetapi Taehyung lagi mengeratkan pelukannya terhadap tubuh kecil Hani itu.
"Erm. Kejaplah. Stay for a minute." Taehyung menyembamkan kepalanya ke dalam ceruk leher Hani sehingga membuatkan Hani tergelak kecil.
Geli dia rasa apabila Taehyung berbuat demikian tetapi dia hanya membiarkan sahaja.
"Yah!" Hani terus menolak tubuh Taehyung dengan kuat apabila Taehyung menggigit lehernya. Wah, ini sudah melampau.
"Hehe. Bila lagi nak bagi tanda yang kau hanya aku yang punya?" Ujar Taehyung dengan senyuman sinis. Hani terus menampar lengana sasa Taehyung itu dengan wajhanya yang mula memerah kerana menahan rasa malu.
"Gatal kan awak ni. Eee, dahlah. Bangun, mandi, lepastu turun makan breakfast. Saya tunggu kat bawah." Hani terus bangkit dari duduknya tetapi tubuhnya terjatuh kembali duduk di atas katil.
"Taehyung. Tolonglah. Jangan gatal sangat pagi-pagi ni. Saya penat layan awak." Hani merengek kecil sehingga membuatkan pipinya dicubit geram oleh Taehyung.
"Comelnya isteri aku ni. Eee, geram."
Hani hanya monyok wajahnya apabila diperlakukan sebegitu oleh Taehyung. Apa fikir dia masih budak kecil?
Tanpa dia jangka, bibirnya dikucup lembut oleh bibir Taehyung sebelum bayang Taehyung akhirnya hilang dari pandangannya kerana sudah berlari masuk ke dalam tandas.
"Yah, Kim Taehyung!"
~
Taehyung dan Hani sedang menjamu selera di meja makan. Inilah kali pertama mereka berdua makan bersama di rumah.
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada lelaki utusan dari neraka ni! Season 2 -perginya aku semuanya b...