UDNS2 6

1.2K 172 20
                                    

Part ni hambar sebab banyak flashbacks and bukalah audio dekat media tu. Enjoy!!

Btw, jangan lupa baca chapter 5 sebelum ni. Grr😝

•••

"Minda aku mungkin sudah lupakan kau, tapi ingatlah kau bahawa hati aku masih terukir nama kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Minda aku mungkin sudah lupakan kau, tapi ingatlah kau bahawa hati aku masih terukir nama kau."

•••

Taehyung duduk di atas katilnya. Dia menongkat dagunya pada tapak tangannya yang sikunya diletakkan di atas lututnya.

Kenapa perempuan tadi lari? Perempuan itu jugakan yang pernah tegur aku dengan nama aku? Macam mana dia kenal aku? Kenapa aku seperti kenal dia?

Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu. Gambar itu.

Terus Taehyung menggapai gambar yang terselit di dalam dompet. Dia meneliti kembali wajah perempuan itu.

Gambar yang kecil itu menyukarkan dia melihat dengan lebih jelas wajah wanita yang berada di dalam gambar itu bersamanya.

"Dia macam...perempuan tu?" Mata Taehyung terbuntang apabila dia seperti sudah dapat info yang cuba disampaikan oleh mindanya.

Perempuan itu isterinya?!

"Argh!" Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit seperti ditikam-tikam dengan pisau yang tajam.

"Ish, jangan degil boleh tak?"

"Siapa yang buat saya jadi sedegil ni?! Awak yang buat saya jadi macam ni?!"

...

"Titik ni dinamakan cyst. Cyst ni, sama dengan ketumbuhan tetapi berada di rahim. Dan, saya dapati selepas saya membut pemeriksaan terkini berkaitan masalah kesihatan isteri encik, terdapat cyst di rahim kiri isteri encik."

"Saya harap encik dapat bersabar. Dan encik dicadangkan supaya buangnya kerana takut merebak memandangkan cyst mudah membesar dengan pantas."

...

"Diam! Keluar sekarang! Saya benci tengok muka awak! Saya dah tak ada apa-apa! Awak boleh pergi mampus dengan perempuan-perempuan upahan awak semua tu! Pergi!"

...

"Saya dah tiada apa-apa. Saya perempuan hina. Saya jaga diri saya untuk suami saya yang sekarang ni adalah awak. T-tapi, sekarang saya dah tak boleh mengandung. Dahlah awak memang dah bencikan saya."

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now