UDNS2 1

1.7K 185 70
                                    

"Benarkan aku menjadi hero dalam hidup kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Benarkan aku menjadi hero dalam hidup kau."

•••

Hani terus bangkit dari perbaringannya di atas sofa lalu matanya melirik kembali ke arah pintu dan sekeliling rumahnya.

Bunyi sesuatu barang jatuh dari tingkat atas membuatkan dia terus bergegas mendaki tangga ke tingkat atas lalu pintu bilik utama itu.

"Taehyung?!"

"M-maaf, puan muda. Saya tak sengaja jatuhkan buku-buku ni. Saya minta maaf sangat-sangat."

Hani merengus geram sebelum mencerlungkan pandangan tajam ke arah orang gaji rumahnya itu yang sudah ketakutan melihat wajahnya yang bertukar berang.

"Ish. Lain kali buat kerja biar elok! Ni tak, itu jatuh, ini jatuh! Sekali lagi kau buat kerja tak elok, aku pecat kau! Faham?!"

Buat pertama kalinya, Hani menjerkah orang gajinya itu. Dia terus melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan marah.

Orang gajinya pula sudah lemah lutut melihat puan mudanya buat pertama kalinya marah sebegitu rupa.

Terus dia dengan lajunya mengemas bilik utama itu dan cepat-cepat keluar dari bilik tersebut.

~

"Woi. Bangunlah."

Taehyung merasakan kakinya ditendang sesuatu lalu dia dengan susah payah mencelikkan matanya.

"Ergh." Dia mengerang kecil apabila badannya betul-betul rasa sakit kerana sudah hampir seminggu dia tidak keluar dari gudang usang itu.

"Nah, makan ni. Bos tak nak kau mati sebab kau akan ada tugas nanti." Kata lelaki berbadan agak tegap itu kepada Taehyung.

Taehyung tiba-tiba terfikirkan satu idea bernas. Terus dia pandang makanan tersebut lalu dipandang lelaki di hadapannya itu.

"Tugas apa?"

"Adalah nanti. Kau tunggu jelah. Dah makan tu, tak payah banyak cakap." Lelaki itu baru sahaja ingin pergi tetapi Taehyung memanggilnya lagi.

"Ehem. Macam mana aku nak makan dengan tangan aku dan kaki aku yang berikat ni?" Ujar Taehyung kepada lelaki itu lalu lelaki itu mula berfikir.

"Ye tak ye juga kan? Hmm. Jap aku bukakan ikatan kau. Tapi, jangan kau lari pula." Kata lelaki itu pula membuatkan Taehyung menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

Usai sahaja lelaki itu membuka ikatan tali di tangan dan kaki Taehyung, dia mula berlalu pergi tetapi tubuhnya terjelopok ke tanah apabila Taehyung berjaya mengambil kayu besar berdekatan dengannya dan dihempapkan kayu itu pada belakang kepala lelaki itu.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now