Bab Dua Puluh Enam

1.7K 206 9
                                    

"A little lie won't hurt, right?"

•••

"Seorang wanita dikatakan membuat cubaan membunuh terhadap anak kepada usahawan terkenal di Korea iaitu Do Minhyuk serta isteri kepada usahawan muda yang berjaya di Korea, Kim Taehyung."

"Siasatan bakal dijalankan selepas menangkap wanita yang merangkap seorang doktor pakar puan di Hospital Myeongdong, Yoo Minah. Segala maklumat kemaskini akan diberitahu setelah siasatan diselesaikan."

~

Tuan Do menenangkan Puan Do yang sedang menangis di hadapan para wartawan dan media.

"Saya pun tak sangka. Menantu saya, Kim Taehyung yang beritahu tentang perkara ni dan siap menunjukkan bukti tentang kes cubaan membunuh terhadap anak kami."

"Tuan Do. Boleh tuan perincikan apakah bukti yang membuktikan jenayah dojtor wanita tersebut?"

"Saya ada bawa buktinya." Tuan Do berkata lalu dia menayangkan satu pemacu kilat kepada semua orang yang berada di situ.

Semua sudah mula berbisik sesama sendiri apabila Tuan Do mula memasang sebuah audio di komputer riba yang siap tersedia di bilik persidangan itu.

~

Minah sedang duduk memeluk lututnya di hujung sudut biliknya. Dia menggigit kukunya berkali-kali sehingga berdarah persis orang tidak waras akalnya.

"Hehe. Kim Taehyung. Hehe." Itu sahaja yang dia ulangi sejak dia mendengar beritahu tentang sidang media yang dibuat oleh keluarga Do Hani.

Kemudiannya dia tergelak kuat apabila sesuatu menerpa ke dalam mindanya sepertinya memberi idea yang bernas buatnya.

~

"Kita potong bahagian di mana perbualan Taehyung dan Minah ada mengatakan tentang perbuatan tak senonohnya terhadap Minah dan hanya membiarkan bahagian yang membuktikan kesalahan doktor tersebut."

Tuan Kim memberitahu setiausahanya itu tentang bagaimana dia mahu setiausahanya itu mencari orang yang dipercayai untuk edit audio tersebut tanpa mencemarkan nama Taehyung.

"Baik, tuan." Balas setiausahanya sebelum membongkokkan tubuhnya, homrta lalu meninggalkan pejabat Tuan Kim itu.

"Selesai."

~

"Aku tanya kau ni. Kau pekak ke?" Soal Taehyung, menggertak lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu masih beriak biasa.

|√| [S1 & S2] Utusan Dari Neraka - KTHWhere stories live. Discover now