Tepat pukul 7 pagi, aku tercegat di hadapan bilik abang Aizul, iaitu abang kedua ku. Suara dibetulkan sebelum mengetuk pintu biliknya. "Abang. Dah siap ke?" Laung ku.
Sepi.
Ish mana dia ni. Tak pernah2 lewat macam ni. Jam merah jambu di tangan kiri dikerling sekilas. Dan pintu dibuka oleh seseorang. Aku peluk tubuh. Nak protes! Jap, ni bukan abang Aizul tapi..abang Aizat! Abang Aizat kelihatan kemas dengan kemeja merahnya, seluar slack serta rambut yang di'style'kan. Bersedia nak ke U. Aku angkat kening sebelum menjenguk ke dalam bilik abang Aizul. "Mana abang Aizul?" Soalku. Aizat masukkan tangan ke dalam poket. Mula dah tunjuk handsome dia tu. "Dia demam. Tapi dia still nak ke sekolah. Give him 5 minutes okay?" Aku mendengus. Tunggu lagi? Tanpa minta izin, aku melangkah masuk ke dalam bilik Aizul. Abang aku ni boleh puji la. Dia seorang yang jaga kebersihan, kemas dan rajin decorate bilik. Aku duduk di atas katil saiz king miliknya. "Abang tunggu dekat bawah ya" Kata Aizat. Aku hanya angguk. Ralit tengok bilik Aizul ni. Kemas je ha bilik dia. Bilik aku? Jangan ditanya. Pintu bilik air dibuka. Segera aku menoleh ke arah gerangan yang baru keluar dari bilik air.
Erk! Dia tak pakai baju. Tapi seluar dia pakai la..
Aizul pandang aku sambil lap rambutnya menggunakan tuala. Aku pula cuba kawal riaksi muka. "Kenapa masuk bilik abang?" Soalnya dingin. Eleh sukahati la. "Saja. Nak tengok abang ni reti yang jaga masa ke tak!" Ha amik kau kena sekali. Aizul tersentak. Ya dia mengaku salah dia sebab terlajak tidur. Sakit kepala woi sampai rasa nak tidur sampai bila2. Aizul mengendahkan aku. Dia menuju ke closet lalu mencapai baju sekolahnya. Setelah selesai pakai baju, dia berdiri lama di hadapan cermin untuk meng 'handsome' kan diri. Aku bosan. "Cepat la abang! Lambat dah ni!" Aku mula berang. Benci betul la lambat2 ni. Ingat aku ni apa? Aizul siap kemaskan dirinya. Tie dibetulkan sebelum mencapai beg sekolah. Beg digalas pada bahu kanan lalu berjalan meninggalkan bilik. Sebelum tu sempat la dia tutup semua suis dalam bilik. Kang biar membazir pulak.
********
Aizat memarkir bmw M8 Gran Coupe miliknya di hadapan pagar sekolah.
Dan terdapat beberapa orang pengawas sedang menjaga pagar. Terasa diri ni macam VIP pulak. Parking depan pagar and ada orang tolong sambut kedatangan aku hohohohoho (berangan je lebih). "Chaw bro" Aizul handshake dengan Aizat sebelum keluar dari kereta. Aku salam tangan Aizat. "Nanti balik dengan mama ya? Abang ada class" Aku hanya angguk. Memang jarang sekali aku dapat balik sekolah dengan abang sulung ku ini. Memanjang busy. Aku mengekori Aizul dari belakang. Tiba2 sahaja Aizul berhenti mengejut menyebabkan aku terlanggar belakang badannya. Dasar. Nasib tak jatuh. Kalau tak, i will tarik2 rambut lebat you tu! "Asal bro? Kau sakit ke?" Soal seseorang. Aizul senyum kelat. "Aku penat. Semalam seharian train budak2" Balasnya lemah. Aku buat muka. Penat train ke penat bergayut dengan kak Fina? Huh ingat aku tak nampak ke korang video call semalam? Aku peluk tubuh sebelum mata aku tertancap pada seseorang dan...
Aku tergamam.
Terkedu.
Terpegun.
Ter...entah la!
MasyaAllah! Siapa lelaki ni? Kenapa elok sangat muka dia? Aku sedikit ternganga melihat wajahnya. Sumpah! Handsome sangat2. Pakai cermin mata, berkulit kuning langsat, rambut sederhana pendek yang dipotong kemas, pakai baju pengawas yang sedikit mengikut potongan bentuk badannya.
Allah.
Aku cair.
Dan, aku rasa macam taknak pergi dari sini. Nak pandang dia, dan terus pandang.
"Adik!"
Aku perlahan2 pandang wajah Aizul yang kelihatan pelik. "Kenapa pandang dia macam tu?" Soal Aizul aneh. Aku kembali pandang pengawas tadi. Dan dia turut pandang aku dengan wajah kosong. "Tak..takde apa2" Balasku sambil menunduk. Jantung aku berdetak laju. Petanda apa ni ya Allah. Jangan cakap yang kau dah mula suka dia Comel. Aku cuba pujuk diri sendiri. Tak. Aku takkan suka dia. Aku taknak suka dia! Aku genggam tangan sebelum angkat muka. "Ok lah bro. Chaw" Aizul melangkah meninggalkan rakan2 nya yang menjaga pagar. Sempat abang2 pengawas tu senyum dekat aku. Lempang baru tau. Lain la kalau lelaki tadi yang senyum. Eh? Sebelum aku pergi, sempat aku memberi salam pada mereka. Dan lelaki tu menjawab salam ku walaupun suaranya agak perlahan. Terharu hehe!
Baru beberapa tapak aku melangkah, muncul ketua pengawas bersama penolongnya. Dia mengukir senyuman manis. Aku membalas. Alahai, kenapa lelaki dekat sekolah ni handsome2? Apabila merasakan diriku sudah berada jauh sikit dari mereka, aku menoleh. Ingin melihat jejaka tampan itu. Kelihatan dia fokus mendengar kata2 dari si ketua pengawas. Penolong di sebelah pula mencatat sesuatu di dalam buku nota kecil. Hm ada tugas la tu. Dan aku baru perasan, Aizul takde bersamaku. Ke mana jugak la abang Aizul ni. Selalu menghilang. Tup tap tup tap muncul depan mata.
"Adik"
Naaa kan aku dah kata. Abang aku ni ada kuasa ghaib. "Ye?" Balasku pendek. "Tengok apa?" Aizul terjenguk2 ke arah tempat yang aku pandang tadi. Laju sahaja tanganku menolak kepalanya untuk pandang ke tempat lain. Bahaya ni kalau dia nampak. "Dah lambat nak masuk kelas. Jom!" Aku tarik tangan dia. Hampir terjatuh Aizul dibuatnya. Dah la tinggi. Kurang tapak keseimbangan huhu
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-