"Pritt prittt, beratur cepat anak2 ku!" Zack melaung kuat sambil membunyikan wisel buatan sendiri. (Sangat huduh bunyinya)
Aizul dengan yang lain mula bergerak di tepi stadium. Mereka campak di situ sebelum berlari2 anak ke arah Zack.
"Yeah. Anak yang mendengar kata" Kata Zack sambil cekak pinggang.
Aku dengan Zana hanya menggeleng. Zack ni sejak 2 menjak ni perangai tu makin tak betul. Ikut siapa ni ha? (Ikut author kot)
"Okay volunteer please!"
"King ah!" Cadang mereka semua.
Zack tersenyum ke arah Raja yang sudah membuat muka.
"Come here King" Pamitnya. Nak taknak Raja terpaksa jadi volunteer untuk sesi panaskan badan.
Aku cuit Zana yang sibuk berselfie.
"Apa?" Soal Zana.
"Raja tu asal tegap semacam? Nak kata ragbi, dia takde pun hari tu? Hari ni first time aku nampak dia"
"Nama penuh dia Raja Fahim Zuffairie. Orang panggil dia King sebab nama dia kan Raja, Raja dalam bahasa english King. Plus dia ni ketua kelab sukan and ketua kelas 5C. No wonder la orang boleh panggil dia King. Lagi satu, dia ketua kelab bola tampar sebab tu kau tak pernah nampak dia. Court bola tampar dekat sana tu" Zana juih bibir ke arah tepi stadium. Gelanggang itu sedikit tersembunyi.
Aku terangguk-angguk seperti burung belatuk. Haih pelik2 nama gelaran diorang ni. Tuan Jafni Anaqi jadi Cobra.
Sebut pasal Cobra, aku terus bertanya
"Cobra kelab sukan apa?"
"Dia bola tampar tapi hanya keluar bila perlu...." Zana meleretkan suaranya sambil senyum senget.
Aku telan air liur. Meremang pulak bulu roma aku. Aku pandang kiri kanan. Kot2 ada ular dekat stadium ni. Boleh aku suruh Cobra tangkap. Fuhh bayangkan ular tedung bertemu ular sawa.
Cobra VS Python.
Wow mesti gempak!
"Comel!"
Aku yang sedang berangan terus pandang Zana.
"Kau ni suka berangan la" Marah Zana. Aku tersengih. Pandangan dilemparkan ke arah padang yang mula riuh.
"Weii tepi la!" Firdaus sudah menolak2 badan Zack yang berdiri membelakanginya. Berebut nak selfie rupanya.
"Weh Zack, tinggi kau berapa?" Soal seseorang.
"182"
"Wow tingginya. Kau telan baja tebu ke?"
"Hahahahahaha!"
Aku tayang muka...(😑)
Ada ke baja tebu?
Boleh gila aku melayan perangai masing2. Tapi seronok jugak macam ni. Selalu terhibur.
Mereka mula bergerak ke track larian. Orang yang pertama yang memulakan latihan ialah Firdaus. Dia melompat setempat. Nak renggangkan otot kaki.
Setelah itu, dia memecut selaju yang mungkin setelah wisel ditiup. Okay kali ni wisel betul. Bukan wisel buatan Zack sendiri. Mau kena luku dengan diorang nanti.
Aku tepuk tangan saat Firdaus tiba di garisan penamat. Boleh tahan laju. Mesti boleh menang masa larian koperasi nanti.
Setelah beberapa orang menjalankan latihan, kini giliran seseorang.
"Wowowowooo King beraksi!"
"Go King go!!!"
"Abang King. Kalau you past 10 seconds, i will be your Queen!"
"Euwww!"
Aku tergelak. Mamat mana yang cakap tu? Yang pasti bukan Zack la. Dia bersorak je.
Raja buat muka. Dia mula bersedia di track. Bunyi sorakan masih tak henti.
"Ayuhhh larii King!" Zack dengan yang lain mula menganggu tumpuan Raja. Bermacam-macam gaya mereka buat untuk buat Raja ketawa. Zack pula sudah menari-nari macam patung angin dekat pam minyak tu. Mereka yang lain turut buat perkara yang sama. Dah macam orang terencat pun ada. Eh kejap...
Aizul pun buat?!
Aku tepuk dahi. Allahu....
"Semak ah anjing!" Maki Raja geram. Dia hampir ketawa namun cepat2 dia kawal.
"Guys sikit lagi guys!" Laung Zack.
Raja kembali serious. Matanya fokus ke hadapan. Lepas sahaja wisel ditiup, dia terus berlari.
"Ko jolobak ko jolobu punggung mamak banyak bulu Raja curi duit emak pergi kedai cukur bulu"
"Hahahahaha sial!" Raja yang hampir tiba di garisan penamat terus jatuh berguling. Dia ketawa berdekah2.
Ya Allah diorang ni nak berlatih ke nak main?
Aku hanya mampu geleng kepala melihat mereka yang masih seronok ketawa. Siap guling2 macam Raja lagi. Bengong la perangai seko2.
"Dah la. Aku malas nak layan. Jom. Kita makan milo kepal. Aku belanja" Aku berdiri sambil tarik tangan Zana. Zana akur.
"Abang, adik balik dulu tau" Jeritku. Aizul yang masih ketawa hanya angkat simbol 'okay'. Zana pula berbalas flying kiss dengan Zack yang sudah terbaring kepenatan atas rumput. Bukan penat berlari, tapi penat gelak!
Gelak la puas2. Esok time larian koperasi pun korang gelak macam ni. Biar kalah terus sekolah kita.
**********
Aku dengan Zana parking cermat motor kami di hadapan gerai tepi jalan. Helmet disangkut pada side mirror. Tudung dibetulkan sedikit sebelum melangkah ke gerai tersebut.
"Assalamualaikum makcik!" Sapaku ramah.
"Waalaikumussalam. Ha macam biasa ke?" Soal makcik yang bernama Ina itu.
"Haah makcik. Dua tau"
"Okay"
Zana memilih tempat yang berhampiran dengan motor kami. Kot2 ada orang nak curi helmet ke. Manusia zaman sekarang ni bukannya boleh percaya.
"Beb, kau tengok tak ig Haikal?" Soal Zana.
Aku geleng. Aku pun takde ig dia.
"Dia accident dohh. Masuk ICU"
Aku tergamam. Serious ah Haikal kemalangan?
Aku tak tahu nak bagi respond apa. Sedih? Dia hampir buat aku kena buang sekolah atau lebih tepat mencalarkan maruah aku. Suka? Tak sampai hati pula. Mana lah tahu esoo kena dekat diri aku pula kan.
Takpelah. Aku bukan la kejam sangat nak berdendam dengan dia. Past is past. Aku doakan semoga dia cepat sembuh. Amin...
YOU ARE READING
The One [C]
Romance[Start - 21/11/2019] [End - 23/12/2019] Crush? Semua orang ada crush. Tapi tak semua crush mampu dimiliki melainkan ada usaha untuk dapatkannya🌹 -Hanya kau, si pemilik hati❤-